Skip to main content

Viral

Terima Soalan Bila Nak Ada Anak, Rozyana Roslan Sedih Terasa Diri Dah ‘Sendu’ Di TikTok - “Maaf Kalau Saya…”

Rozyana

Sekilas

  • Rozyana Roslan terhibur dengan komen netizen yang menuduh dirinya mandul kerana belum mempunyai anak.
  • Dia menyedari dirinya kini kurang mendapat perhatian di TikTok selepas komen negatif itu.
  • Ramai wargamaya menjelaskan Rozyana sebenarnya bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan terhibur dengan salah satu komen daripada netizen yang menuduh dirinya mandul. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Rozyana berkata komen negatif itu menyebabkan dia menyedari dirinya kini ’sendu’ di TikTok. 

 

“Korang, sedihnya saya. Saya sedih bukan sebab soalan dia, tapi disebalik soalan dia tu betapa sendunya Rozyana kat TikTok sekarang ni ya,” katanya. 

 

Bagaimanapun Rozyana tidak marah dengan komen tersebut namun tidak tahu untuk membalas apa kepada individu itu. 

 

“Maaf kalau saya dah jarang lalu fyp awak. Hmm nak reply apa eh kat jate ni,” ujarnya. 

 

Rozyana turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh dirinya mandul disebabkan masih belum mempunyai anak. 

 

“Bila nak ada anak? Mandul ke?” tanya individu itu. 

 

Rata-rata wargamaya beranggapan individu itu tidak mengetahui perkembangan Rozyana yang kini bakal menimang cahaya mata kedua. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement