Skip to main content

Indonesia

Acha Septriasa Dijodohkan Dengan Baim Wong

Astro Gempak acha baim

Sekilas

  • Acha Septriasa dan Baim Wong menjalin hubungan rapat sebagai kawan baik dan saling memberi inspirasi dalam kerjaya filem mereka.
  • Acha menegaskan hubungan mereka lebih kepada persahabatan dan mentor-mentee, bukan sebagai pasangan kekasih seperti yang digosipkan netizen.
  • Kedua-duanya kini fokus pada kerjaya dan kehidupan masing-masing selepas melalui pengalaman peribadi seperti perceraian dan duda.

Keintiman yang terjalin di antara aktres Acha Septriasa dan aktor Baim Wong apabila terlibat dalam filem Suamiku Lukaku telah ‘memberi idea’ kepada netizen untuk menjodohkan mereka.

Menyedari situasi tersebut, Acha memberitahu ‘idea’ itu sebagai wajar, sementelah dia dan Baim sudah mengenali antara satu sama lain agak lama kerana terlibat dalam industri yang sama. Namun ujar Acha lagi, ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan sebagai pasangan kekasih.

Tanpa berdalihm Acha mengaku hubungannya dengan Baim memang sangat dekat. Namun ia berdiri atas dasar persahabatan selain saling menyokong karier satu sama lain.

“Mungkin kerana kami mempunyai latar belakang yang sama. Tapi lebih daripada itu, kami berdua kawan baik dan saling memberi inspirasi di antara satu sama lain,” ujarnya seperti dilaporkan Liputan6.

Bagi Acha, Baim bukan sekadar lawan main tetapi menjadi mentor dan teman untuk dia bertukar pandangan terutama dalam urusan filem.

"Saya fikir banyak hal yang kami boleh kongsi terutama tentang filem Indonesia. Jadi macam saya katakan, kita saling memberi inspirasi dan ia sesuatu yang penting untuk saya sebagai pembikin filem baharu,” kata Acha lagi.

Aktres berusia 36 tahun itu juga enggan mengambil serius tentang ‘jodoh’ yang diatur netizen. Sebaliknya dia menyifatkan hubungan baik dengan Baim sebagai sesuatu yang positif dan produktif terutama berkaitan kerja.

Acha diketahui merupakan seorang ibu tunggal anak satu selepas bercerai dengan Vicky Kharisma pada tahun lalu manakala Baim juga kini merupakan duda kepada model Paula Verhoeven.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Must Watch Video

Advertisement