Skip to main content

Hiburan

Khairy Jamaluddin Akan ‘Pisahkan’ Dunia Seni Jika Buat ‘Comeback’ Dalam Politik - “Nanti Masyarakat Keliru”

Khairy Jamaluddin

Sekilas

  • Khairy Jamaluddin kini aktif dalam dunia seni dan menegaskan akan memisahkan kerjaya seni dan politik jika kembali berpolitik selepas pilihan raya nanti.
  • Beliau membuat debut lakonan filem dalam 5 Bomoh dengan watak yang dekat dengan personalitinya dan melihat pengalaman ini sebagai langkah awal dalam bidang lakonan.
  • Filem 5 Bomoh yang menampilkan pelakon terkenal lain membawa mesej serius secara santai dan komedi, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia perfileman memaklumkan bahawa dia tidak akan mencampur adukkan kerjaya dalam bidang seni dan politik sekiranya kembali semula ke arena itu selepas Pilihanraya nanti.

Menurut Khairy, buat masa ini dia juga tidak mempunyai masalah untuk mencuba pelbagai cabang dalam bidang seni memandangkan tidak memegang sebarang jawatan rasmi ketika ini.

“Memandangkan saya hanya ahli biasa, tak ada jawatan rasmi jadi setakat ini tak ada masalah untuk terbabit dalam dunia kreatif sama ada sebagai penyampai radio mahupun sebagai pelakon.

“Tetapi kalau dah jadi dan dapat semula jawatan rasmi, saya rasa kena pisahkan dua dunia itu.

“Kalau ada apa-apa yang rasmi itu tak boleh campuradukkan. Saya rasa ini adalah dari sudut profesionalisme dan mungkin juga nanti dari persepsi orang ramai. Nanti masyarakat keliru, dia pelakon atau apa,” katanya kepada Gempak.

Khairy berkongsi perkara tersebut ketika majlis tayangan perdana filem 5 Bomoh bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam filem terbitan Global Station dengan kerjasama Skop Production itu, Khairy yang turut mesra disapa KJ berkata watak yang dibawa tidak jauh daripada perwatakannya.

“Ini kali pertama saya berlakon dalam filem. Sebelum ini ada juga berlakon dalam filem pendek dan iklan, tetapi tidak pernah terbabit dalam filem panjang.

“Banyak perkara yang saya belajar kali ini. Apabila tawaran itu datang, saya lihat watak yang diberikan bukan watak utama. Jadi saya rasa ia sesuatu yang masih mampu saya bawa.

“Kalau watak utama, saya tak ada pengalaman untuk memikul tanggungjawab itu. Jadi sebagai langkah awal untuk menceburi bidang ini, saya nampak watak Mr K memang sesuai dan tidak jauh daripada personaliti saya sendiri,” katanya lagi.

Ujar KJ, antara faktor yang membuatkan dirinya tertarik untuk menerima tawaran tersebut adalah kerana jalan ceritanya yang menarik serta mesej yang cuba dibawakan kepada penonton.

“Saya lihat filem ini menarik dan sesuai ditonton seisi keluarga. Ia membawa mesej yang serius, tetapi disampaikan secara santai dan komedi.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pengarah dan penerbit kerana memberikan peluang kepada saya untuk terbabit dalam filem ini,” katanya.

Selain Khairy, 5 Bomoh turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Amy Search, Aedy Ashraf, Ozlynn Waty, Johan, Ungku Hariz dan Tiara Suraya Rose.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement