Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi Sifatkan Undang-Undang Poligami Di Malaysia Terlalu Longgar, Kesal Segelintir Lelaki Ambil Ringan Soal Tanggungjawab - “Sesuka Hati Saja Kahwin, Lepas Tu...”

Astro Gempak 531

Sekilas

  • Abby Abadi menyuarakan pandangan bahawa undang-undang poligami di Malaysia terlalu longgar sehingga lelaki kurang mengambil serius tanggungjawab dalam perkahwinan.
  • Beliau memberi reaksi terhadap laporan peningkatan pasangan Malaysia yang memilih bernikah di Thailand, yang turut mencetuskan perbincangan netizen mengenai isu poligami dan perkahwinan rentas sempadan.
  • Netizen bersetuju bahawa aspek tanggungjawab dan kebajikan keluarga perlu diutamakan sebelum membuat keputusan untuk berpoligami.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi pandangan mengenai undang-undang poligami di Malaysia yang disifatkannya terlalu longgar sehingga menyebabkan segelintir lelaki tidak mengambil serius soal tanggungjawab dalam perkahwinan.

Menerusi satu komen yang ditinggalkan di Threads, Abby berkata kelemahan dalam pelaksanaan undang-undang berkenaan menyebabkan ada individu bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga.

“Longgar sangat-sangat undang-undang berkaitan poligami dekat Malaysia.

“Sangat lemah sampai orang lelaki tak tahu takut langsung dan tak ambil peduli pasal tanggungjawab.

“Sesuka hati saja kahwin, pastuuu… menyusahkan orang mmmmm,” tulisnya.

cds

Abby berkongsi pandangan tersebut sebagai reaksi terhadap satu hantaran seorang pengguna media sosial yang memuat naik tangkap layar laporan portal berita mengenai peningkatan jumlah pasangan Malaysia yang memilih untuk bernikah di Thailand.

Perkongsian pelakon berusia 48 tahun itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pandangan masing-masing berhubung isu poligami dan perkahwinan rentas sempadan.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat aspek tanggungjawab dan kebajikan keluarga perlu diberikan perhatian utama sebelum seseorang membuat keputusan untuk berpoligami.

“Setuju sangat kak… mentang2 dalam islam di kira halal.. ramai lelaki ambil kesempatan, yang terima padah nanti last2 keluarga juga yang kena bantu nak settle kan.

“Betul tu abby,” komen beberapa netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Must Watch Video

Advertisement