Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2 : Cik B Didakwa Upah Orang Jana Idea Persembahan, Azeva Tampil ‘Back-Up’ - “Dia Dari Hari Pertama...”

Bakar isteri

Sekilas

  • Azeva tampil mempertahankan Cik B yang didakwa mengupah orang lain untuk idea persembahannya dalam Talk To My Manager 2.
  • Azeva menegaskan semua konsep dan perancangan persembahan Cik B adalah hasil usahanya sendiri yang dibuat hingga lewat pagi.
  • TTMM2 disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Cik B susulan dakwaan mengupah individu lain untuk menghasilkan idea persembahannya dalam pertandingan tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, anak kepada penerbit A. Aida itu menegaskan bahawa segala idea yang dipersembahkan oleh Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin adalah hasil usahanya sendiri.

Menurut Azeva, Cik B bertungkus-lumus memikirkan konsep dan perancangan persembahan sehingga lewat pagi demi memberikan yang terbaik setiap minggu.

“Cik B dari hari pertama, A-Z adalah idea dia. Dia brainstorm setiap malam sampai subuh setiap hari. Sebab itu, saya sangat hormati Cik B,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian Cik B yang dilihat membalas kenyataan itu dengan kata-kata penghargaan buat sahabatnya.

“Azeva kawan paling sempurna,” balasnya ringkas.

Sekadar info, TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement