Skip to main content

Hiburan

Berserah Kepada Allah SWT, Amira Othman Akui Berdebar Menanti Kelahiran - “Bila Dah Hujung-Hujung Ni, Cakap Pun Mengah”

Amira Othman

Sekilas

  • Amira Othman dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada penghujung Jun atau awal Julai ini dan mengakui berdebar menanti detik menjadi ibu.
  • Walaupun kandungan sudah memasuki fasa akhir, Amira masih aktif bekerja dan kekal menjalani rutin harian seperti biasa.
  • Amira berharap urusan kelahiran dipermudahkan serta mengharapkan kesihatan baik untuk bayi dan dirinya, sambil memohon doa daripada orang ramai.

Dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada penghujung Jun atau awal Julai ini, penyanyi, Amira Othman mengakui dirinya semakin berdebar menanti detik untuk bergelar ibu.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nadia Amira Othman ini memilih untuk terus bertawakal serta berharap segala urusan kelahirannya dipermudahkan.

“Mesti saya nervous kan? Saya sebenarnya bila dah hujung- hujung ni, cakap pun mengah.

“Dalam masa yang sama saya pun bertawakal saja. Saya mampu usaha dan berdoa.

“Saya harap urusan bersalin saya dipermudahkan. Orang ramai juga mendoakan saya,” katanya kepaga Gempak.

Amira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di TikTok Shop 6.6 Birthday Mega Sale bertempat di Raintree Plaza, The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sungguhpun begitu, pelantun lagu Hati-Hati ini mengakui dmasih selesa meneruskan rutin harian dan keluar bekerja seperti biasa meskipun kandungannya kini sudah memasuki fasa akhir.

Ujar Amira, dia lebih gembira untuk kekal aktif kerana sudah terbiasa dengan jadual kerja yang padat.

“Tapi saya kalau duduk rumah tu lagi saya macam (kekok) mungkin saya dah biasa keluar bekerja kan?

“Jadi sebenarnya saya happy je. Walaupun ramai orang cakap ni dah rehat-rehat, tapi saya seronok jelah sebenarnya kan?

“Jadi saya mohon doa yang baik-baik dari kalian,” katanya lagi.

Ditanya mengenai harapan, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berharap agar segala urusannya dipermudah dan mengharapkan yang terbaik buat bayi yang bakal dilahirkan.

“Harapan saya sama saja seperti ibu bapa yang lain. Kita harapkan anak sihat, ibu, ayahnya juga sihat.

“Kita juga harapkan kebaikan kepada anak kita dan juga zuriat keturunan kita, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Amira mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang sudah hamil 30 minggu pada 30 April lalu dan dijangka melahirkan pada penghujung Jun ata awal Julai.

Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement