Sekilas
- Ubai berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan alat ganti kereta bernilai RM100 melalui Facebook.
- Dia telah membuat bayaran RM50 terlebih dahulu tetapi peniaga tersebut hilang selepas itu dan tidak menunaikan janji.
- Ubai menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengingatkan keluarga agar tidak mudah terjebak dengan penipuan scammer.
Pempengaruh media sosial, Ubai memaklumkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan alat ganti kereta di media sosial.
Menurut Ubai, dia menyedari dirinya telah ditipu selepas peniaga tersebut tidak memenuhi perjanjian asal mereka.
“Saya beli spare part kereta dalam group di Facebook bernilai RM100.
“Cara dia borak memang nampak meyakinkan. Jadi, kita pun transfer RM50 dahulu.
“Selepas dah transfer, lain pula ceritanya. Kemudian, hilang,”tulisnya
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut berkata bahawa meskipun nilainya kecil namun ia cukup besar bagi mereka yang memerlukan.
“Semoga merangkaklah kau dengan RM50 tu nanti. RM50 bagi sesetengah orang mungkin kecil tetapi sangat besar bagi mereka yang memerlukan,”ujarnya.
Ubai turut memohon orang ramai untuk menasihati keluarga agar lebih berwaspada dan tidak terjebak dengan mana-mana taktik penipuan scammer.
“Ini baru seorang. Bayangkan sebulan berapa ramai yang dia scam. Jadi, pesanlah dekat ibu bapa dan keluarga kalian agar lebih berhati-hati,”pesannya.
Sementara itu, Ubai turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama scammer tersebut sebelum pelaku tersebut bertindak menghilangkan diri