Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Ani Mayuni Tak Cemburu Peserta Berduit, Tapi…

Astrogempak ANI

Sekilas

  • Ani Mayuni dari Talk To My Manager 2 mengakui menghadapi kekangan kewangan sepanjang menyertai program tersebut.
  • Dia terpaksa melepaskan tawaran persembahan pentas yang menjadi sumber pendapatan utama kerana komitmen program.
  • Ani tetap berusaha memberikan yang terbaik walaupun perlu menggunakan kemampuan terhad untuk menampung kos latihan dan persembahan.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ani Mayuni mengakui berdepan kekangan dari segi kewangan  sepanjang menyertai program tersebut.

Bagaimanapun, menurut Ani atau nama lengkapnya, Aishah An-Nur Osman, 47,  dia tidak pernah berasa cemburu terhadap peserta lain yang mempunyai sumber kewangan lebih besar untuk menyokong persembahan mereka.

“Saya tak cemburu pada mereka yang ada duit tau. Tidak. Setiap hari saya fikir mana nak cari duit. Hujung minggu saya tak boleh ambil job (nyanyian). Kalau orang nak bagi show selalunya Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

“Tapi saya tak boleh ambil job sebab TTMM2 ini. Macam mana saya nak rolling duit? Duit simpanan pun saya dah guna,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Dasar Buaya Cinta itu, komitmennya dalam pertandingan berkenaan menyebabkan dia terpaksa melepaskan tawaran persembahan pentas yang menjadi sumber pendapatan utama sepanjang program berlangsung.

“Kalau nak cakap soal itu (kewangan) anda semua boleh nampak. Kalau ikutkan produksi beri enam orang penari tetapi minggu ini bertemakan fiesta, sudah tentu kami perlu menambah jumlah penari untuk tambah meriah.  

“Alhamdulillah ada insan baik membantu kami dapat tambah penari dan kumpulan koir. Iyalah kekangan jugalah untuk kami ini,” ujarnya. 

Bukan sahaja kos persembahan pentas malah perbelanjaan harian seperti pengangkutan ke sesi latihan dan komitmen lain sepanjang program turut memerlukan kos yang tinggi.

Namun, dia tetap berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan dan memilih untuk menggunakan kemampuan yang ada demi meneruskan perjuangannya bersama Viviana dalam TTMM2.

“Kami bergerak untuk ke sesi latihan atau komitmen sepanjang TTMM2 ini pun perlukan wang.  Tak mengapalah guna semampu yang ada sajalah,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement