Skip to main content

Sukan

Azar Azmi Perlahankan Karier Seni Kerana Hormat Keputusan Mentua - “Aku Dengar Kata Orang Tua & Tak Nak Derhaka”

Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi memilih untuk memperlahankan kerjayanya demi menghormati permintaan mentuanya selepas berkahwin.
  • Walaupun berada di puncak kerjaya, Azar utamakan keharmonian keluarga dan tidak mahu derhaka kepada suami serta mentua.
  • Azar kini bebas daripada pertuduhan penipuan dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan dalam kes suaminya.

Pelakon, Azar Azmi berkongsi sebab dirinya memilih untuk memperlahankan kerjayanya sebagai anak seni meskipun berada di punca kerjaya pada kerita itu.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, keputusan itu dibuat hanyalah kerana mahu menghormati permintaan mentuanya selepas mendirikan rumah tangga.

“Aku menghormati keputusan mentua.

“Aku sayanglah karier aku sebab dah ‘build’ sekian lama kan? Pada ketika itu aku berada di satu titik yang tinggi dengan usaha yang aku buat,” kongsinya.

Azar berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Sembang Seram yang dikendali pempengaruh media sosial, Safwan Nazri.

Azar yang mengakui berdepan tempoh sukar selepas memperlahankan kariernya walau bagaimanapun memilih untuk berbuat demikian kerana mengutamakan keharmonian keluarga.

Ujar Azar, dia tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka kepada suami.

“Tapi bila sudah berumah tangga, aku perlu hormati orang yang lebih tua dan ketua keluarga. Jadi, tinggi dan pandai macam mana pun, pada akhirnya sebagai seorang isteri, tetap kena hormat.

“Senang cerita, aku tak nak derhaka dan mendengar kata. Mendengar kata mentua,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, setelah sekian lama, nama Azar kembali menjadi bualan susulan kes melibatkan dirinya dan suami, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri yang direman serta didakwa di mahkamah berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan kini akan bertindak sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must-Watch Video

Advertisement