Skip to main content

“RM50 Bawah Dompet, Aku Nangis…” - Ikmal Amry Dedah Sisi Peribadi Aedy Ashraf Yang Jarang Diketahui Umum

Astro Gempak 427

Sekilas

  • Ikmal Amry berkongsi kisah persahabatan lebih 11 tahun dengan Aedy Ashraf yang banyak membantunya ketika mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2015.
  • Aedy dan Ben Ali membuka pintu rumah mereka tanpa mengharapkan balasan, malah Aedy pernah memberi bantuan kewangan secara diam ketika Ikmal dalam kesusahan.
  • Filem lakonan Ikmal, Tarung: Unforgiven, yang turut menampilkan Aedy Ashraf, akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026.

Pelakon Ikmal Amry berkongsi kisah persahabatan lebih sedekad bersama pelakon dan penerbit filem TARUNG: Unforgiven, Aedy Ashraf.

Menerusi perkongsian di Threads, Ikmal mendedahkan Aedy antara individu yang banyak membantunya ketika awal berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar 2015.

“7 haribulan filem TARUNG akan keluar di pawagam. Tapi aku bukan nak cerita pasal filem itu, aku nak cerita pasal produser filem itu, Aedy Ashraf.

“Kenal dia dah lebih 11 tahun. Tahun yang sama aku kenal Ben Ali. Kalau nak cerita macam mana kenal memang panjang, tapi aku pendekkan,” katanya.

Menurut Ikmal, ketika dia cuba menetap di ibu kota, Aedy bersama pelakon Ben Ali membuka pintu rumah tanpa mengharapkan balasan.

“2015, aku cuba menetap di KL. Hadir dua insan ini, bagi aku tumpang tinggal rumah mereka tanpa minta apa-apa.

“Dalam hati aku masa itu cuma satu… siapa mereka ini? Kenapa baik sangat dengan aku,” ujarnya.

Tambahnya, sepanjang empat tahun mengenali Aedy, dia melihat sendiri keperibadian pelakon itu yang sentiasa menjaga orang sekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan.

“Orang kata pelajaran terbaik adalah kehidupan dan aku setuju. Sebab 4 tahun dengan dia, aku nampak sendiri. Dia jaga circle dia, jaga family dia. 

“Aku bukan yang paling rapat, bukan ‘bestfriend’ dia, tapi dia tetap jaga aku lebih daripada itu.

“Bagi aku, dia anggap aku macam adik sendiri. Mungkin sebab hati dia memang ikhlas,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Ikmal turut mengimbau satu momen yang tidak akan dilupakan apabila menerima bantuan dalam diam ketika berdepan kesusahan.

“Satu hari aku tak ada duit. Duduk rumah seorang, diam… tak beritahu sesiapa.

“Pagi itu aku bangun, ada RM50 bawah dompet aku. Aku nangis macam bodoh. Sampai sekarang aku ingat benda itu.

“Nampak kecil, tapi budi macam ini aku akan kenang sampai mati,” katanya.

Menurutnya, keikhlasan membantu ketika seseorang juga berdepan kesukaran adalah nilai sebenar sebuah persahabatan.

“Bila orang tolong kau dalam keadaan dia sendiri pun mungkin tengah ‘struggle’, itu yang betul-betul bermakna,” jelasnya.

fgfg



Ikmal turut menyifatkan Aedy sebagai individu berbakat yang banyak memberi inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Aedy ini jenis susah nak bagi nasihat secara langsung, tapi diam-diam aku banyak belajar daripada dia.

“Apa yang aku nampak hari ini adalah hasil usaha dia sendiri dan aku saksi perjalanan dia. I’m so proud of him,” katanya.

Mengakhiri perkongsian, Ikmal mengakui kejayaannya hari ini bukan sahaja hasil doa keluarga, malah sokongan insan sekeliling termasuk Aedy dan Ben Ali.

“Kalau orang tanya siapa lagi selain keluarga, ini dia Aedy dan Ben Ali.

“Dua insan yang ‘kutip’ aku daripada budak kampung sampai jadi siapa aku hari ini. Kalau bukan sebab mereka ‘push’ aku, mungkin aku masih budak yang hari-hari main game,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ikmal Amry, Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain itu, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Anda mungkin berminat dengan

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Must-Watch Video

Advertisement