Pencuci mulut yang sangat 'healing'! Sarjan Ain (Isyariana) menunjukkan cara menyediakan Pulut Susu Mangga yang ekstra berkrim menggunakan Susu GOODDAY Full Cream. Nikmati selepas hidangan Nasi Pad Kra Pao Goodday.
Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’. Jom intai resepi penuh di bawah!
1. Nasi Pulut: Kukus beras pulut yang telah direndam bersama air, santan, garam dan gula sehingga masak sempurna.
2. Kuah Susu GOODDAY: Gaul susu bersama tepung jagung. Panaskan dalam periuk dengan tambahan gula dan garam sehingga larut. Pastikan ia tidak mendidih kuat.
3. Sejukkan kuah seketika sebelum digunakan.
4. Hidangan: Letakkan nasi pulut dan hirisan mangga di pinggan. Siram dengan kuah susu yang berkrim dan taburkan biji bijan sebagai hiasan.
Berhasil buat pulut mangga ni?
50 orang telah mencuba resepi ini.
Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai ramuan utama. Jangan lupa layari Gempak.com untuk info lanjut!
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Dapatkan juga menu masakan ini di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari ini.