Skip to main content

Rancangan TV

Andai Itu Takdirnya 2: Konflik Keluarga Memuncak, Penonton Terkejut Perubahan Ibu Mertua Aleya - "Macam Mimpi Je ni"

Andai itu takdirnya

Sekilas

  • Aleya kini menghadapi konflik keluarga tanpa sokongan ibu mertua yang berubah sikap dan tidak lagi mempertahankan dirinya.
  • Watak ibu mertua yang dibawa oleh Aida Khalida menunjukkan perubahan karakter yang mendalam dan konflik yang lebih kompleks.
  • Drama ini menampilkan pelbagai elemen dendam, kasih sayang, dan konflik yang membuatkan jalan ceritanya lebih menarik dan berwarna-warni.


Setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza. Ada yang sentiasa disokong keluarga, tetapi ada juga yang diuji dengan hubungan yang makin renggang.

Apabila insan yang selalu melindungi sudah tidak mampu membantu, mampukah seseorang terus kuat seorang diri? Itulah yang sedang dilalui Aleya, yang kini terpaksa menghadapi konflik keluarga tanpa sokongan sesiapa.

Dalam episod yang ditayangkan pada Khamis lalu, penonton dikejutkan dengan perubahan sikap ibu mertua Aleya. Jika sebelum ini dia sentiasa berada di sisi, kini segalanya berubah, meninggalkan Aleya berdepan ujian seorang diri.

Rata-rata penonton terkejut melihat watak ibu mertua yang seolah-olah memilih untuk tidak lagi mempertahankan menantu kesayangannya.

Pelakon Aida Khalida, yang membawa watak ibu mertua, mengakui wataknya mengalami perubahan karakter dan konflik yang lebih mendalam menanti penonton

“Memang ada perubahan dalan karakter saya selaku mak mertua. Mula-mula dia suka dan tiba-tiba dia berubah dan lebih rela kehilangan menantu berbanding suaminya. Penonton perlu terus saksikan drama ini kerana konfliknya lebih mendalam, lebih berkarakter. Drama ini menarik kali ini kerana pelbagai warna dalam dendam, kasih sayang dah konflik. Complete- all in 1," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement