Skip to main content

Selebriti

Peguam Beego Jelaskan Sebab Kes Taklik Masih Tangguh, Bersambung Bulan Depan

Bakar isteri

Sekilas

  • Prosiding pengesahan lafaz taklik antara Linda Hashim dan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan ke 18 Jun untuk sesi soal balas terhadap Linda.
  • Setakat ini, hanya pihak plaintif iaitu Linda memberikan keterangan, manakala pihak defendan belum memulakan soal balas.
  • Pasangan selebriti ini telah melalui beberapa episod perceraian dan rujuk sejak 2023, dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan sejak 2013.

Prosiding pengesahan lafaz taklik melibatkan pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan ke bulan hadapan selepas sesi hari ini hanya melibatkan keterangan daripada pihak plaintif.

Peguam syarie mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan berkata, setakat ini hanya pihak plaintif yang memberikan keterangannya berhubung dakwaan berkaitan pelanggaran taklik namun belum disoal balas pihak defendan.

“Ini bicara bahagian plaintif, bagi permohonan taklik. Hari ini kita telah selesai bicara keterangan belah Linda, tapi belum habis lagi.

“Keterangan hari ini berkaitan dakwaan pelanggaran taklik dan sebagainya.

“Maknanya Linda baru bagi keterangan sahaja, cuma belum disoal siasat oleh pihak kami lagi,” katanya.

Menurutnya, sesi soal balas terhadap Linda akan diteruskan pada tarikh baharu yang ditetapkan mahkamah pada bulan depan.

“Dia dah cerita semua di bahagian dia, tapi untuk pihak kami soal balas belum lagi.

“Jadi tarikh itu akan disambungkan pada bulan enam nanti,” ujarnya.

Dalam masa sama, Akmal turut menjelaskan mengenai penukaran hakim dan dewan perbicaraan terhadap prosiding tersebut.

“Dewan asal hakim telah berpindah, jadi pihak plaintif mohon tukar dewan untuk segerakan kes.

“Tapi untuk prosiding tak ada kesan apa-apa,” katanya.

Prosiding tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Nadia Khamis.

Sementara itu, Beego pula berkata dia akan terus memberi kerjasama dan mengikuti segala prosedur mahkamah sepanjang kes berlangsung.

“Bagi pihak kami, sebagai defendan memang akan ikut rules and regulation mahkamah.

“Saya datang pun sebab kita kena ikut undang-undang,” katanya.

Mahkamah menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sambungan prosiding bagi sesi soal balas terhadap Linda.

“Pada tarikh itu pihak kami akan soal balas Linda berdasarkan keterangan dan dakwaan yang dibuat,” ujarnya.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres itu memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan tersebut pernah bercerai pada Mac 2023 sebelum rujuk semula pada April tahun sama, namun Linda mendakwa mereka kembali berpisah beberapa bulan kemudian sebelum bersama semula.

Mendirikan rumah tangga pada Jun 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement