Skip to main content

Selebriti

Eyka Farhana Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal, Kongsi Nama Penuh ‘Baby L’ - “Semua Kesakitan Hilang Selepas…”

Eyka farhana bersalin

Sekilas

  • Pelakon Eyka Farhana telah selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya pada 16 Mei lalu secara normal.
  • Eyka berkongsi nama penuh anaknya iaitu Muhammad Luay Khayr Bin Muhammad Akhyar dan meluahkan rasa syukur serta kasih sayang terhadap bayi tersebut.
  • Eyka berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Pelakon Eyka Farhana berkongsi berita gembira mengenai dirinya sudah selamat melahirkan bayi lelakinya pada 16 Mei lalu di sebuah pusat perubatan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Eyka meluahkan rasa syukur melalui proses melahirkan bayi sulungnya secara normal.

“MasyaAllah TabarakAllah, the most beautiful moment of my life happened on 16/5/26. Alhamdulillah, Baby L arrived safely through normal delivery,” katanya.

Kesakitan yang dialami hilang selepas melihat wajah anak kecilnya, Eyka turut berkongsi nama penuh putera sulungnya iaitu Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.

“Semua kesakitan hilang ketika Mama melihat wajah kecil awak sayang. Selamat datang ke dunia, my hero, Muhammad Luay Khayr Bin Muhammad Akhyar.

“You are so loved, so precious, and already the biggest part of our hearts, We love you more than words could ever explain” kongsinya.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Advertisement