Skip to main content

Hiburan

Kes Pengesahan Taklik Masih Belum Selesai, Linda Hashim Dakwa Beego Tetap Enggan Lafaz Cerai

Astrogempak LINDA

Sekilas

  • Prosiding pengesahan lafaz taklik antara Linda Hashim dan Beego sekali lagi ditangguhkan kerana Beego enggan melafazkan cerai hari ini.
  • Kes akan diteruskan dengan sesi keterangan pihak defendan pada tarikh 18 Jun dan 9 Julai, dengan harapan proses dapat diselesaikan segera.
  • Linda dan Beego berkahwin sejak 2013 dan mempunyai tiga anak, namun rumah tangga mereka sering menjadi perhatian sejak permohonan cerai pada Januari tahun lalu.

Prosiding pengesahan lafaz taklik melibatkan pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego sekali lagi ditangguhkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurut Linda, suaminya atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah masih enggan melafazkan cerai meskipun perkara tersebut dibangkitkan hakim syarie Nadia Khamis dalam prosiding hari ini.

“Tadi sebenarnya ada soalan daripada hakim sama ada nak lafaz atau tidak hari ini, tapi dia tetap tak nak bagi kerjasama.

“Dia tak nak lafaz juga dan terus nak defend untuk proses seterusnya,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

Tambah pelakon berusia 41 tahun itu, kes tersebut akan diteruskan pada tarikh lain dengan sesi seterusnya melibatkan keterangan pihak defendan pula.

“Dia memang cakap tak nak lafaz (cerai) hari ini dan nak teruskan kes.

“Dia nak bercakap dan bagi keterangan, masih nak panjangkan kes macam itu sajalah,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata mahkamah memberikan respon yang baik terhadap kes tersebut dan pihaknya berharap proses dapat diselesaikan segera.

“Alhamdulillah hakim memberi respon yang baik kepada kes ini dan anak guam saya juga berpuas hati.

“Kita masih dalam proses siasatan dan kes ditangguhkan pada 18 Jun serta 9 Julai depan.

“Kalau 18 Jun tak habis, kita dah ada tarikh sambungan pada 9 Julai.

“Hakim pun berharap kes ini dapat diselesaikan segera dalam dua tarikh tersebut,” ujarnya.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres itu memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan tersebut pernah bercerai pada Mac 2023 sebelum rujuk semula pada April tahun sama, namun Linda mendakwa mereka kembali berpisah beberapa bulan kemudian sebelum bersama semula.

Mendirikan rumah tangga pada Jun 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement