Skip to main content

Ojen Aiwah Tempah Satu Hall Pawagam Bawa Staf Tengok TARUNG: Unforgiven

Astro Gempak 459

Sekilas

  • Usahawan Ojen Aiwah menempah satu dewan di Aurum Theatre, TRX Exchange khas untuk kakitangannya menonton filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven selepas jelajah perniagaan di Segamat dan Shah Alam.
  • Ojen memuji filem tersebut sebagai karya berskala besar dan mengajak orang ramai menonton, sambil berkongsi kegembiraan bersama pelakon seperti Aedy Ashraf, Amir Ahnaf dan Azira Shafinaz yang hadir memeriahkan malam tayangan.
  • Filem Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid mengangkat naratif berani dengan jalan cerita sarat emosi dan dibintangi pelakon popular seperti Mierul Aiman, Bront Palarae dan Zul Ariffin.

Usahawan, Ojen Aiwah menempah satu dewan Aurum Theatre di TRX Exchange khas untuk kakitangannya menonton filem Tarung: Unforgiven.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli berkongsi momen dia bersama para pekerja menikmati tayangan filem aksi tempatan tersebut.

“Mana korang nak dapat bos macam ini, book satu hall Aurum Theatre untuk staff-staff.

“Tolonglah kerja baik-baik dengan bos Kunafa Aiwahhh, sayang bos lebih sikit ya,” tulisnya.

Menurut Ojen, sesi tersebut dibuat selepas kakitangannya selesai menyertai siri jelajah perniagaan di Segamat dan Shah Alam.

“Staff baru habis Tour Segamat dan Tour Shah Alam, jadi diorang pakat nak pau bos diorang.

“Bos pula paling baik dan pemurah. Cuma jangan buat dia hamuk pasal kerja,” katanya.

Dalam masa sama, Ojen turut memuji filem Tarung: Unforgiven yang disifatkannya sebagai karya berskala besar dan wajib ditonton.

“Filem Tarung Unforgiven dah keluar dan macam Ojen cakap, terlalu mega. Tolong pergi tengok,” ujarnya.

Usahawan kunafa itu juga mengucapkan penghargaan kepada Aedy Ashraf, Amir Ahnaf dan Azira Shafinaz yang hadir memeriahkan malam tayangan tersebut.

“Thanks Aedy, Amir dan Azira sebab meriahkan malam tadi. Budak-budak ini happy betul dapat jumpa korang.

“Nanti kita buat lagi okey. 1,000 kali tengok Tarung pun tak puas.

“Lagi-lagi Kunafa Tarung ada dalam scene. Nahh apiii!” katanya.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakina

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Advertisement