Skip to main content

Berita

Ketibaan Pelancong Antarabangsa Ke Malaysia Meningkat Pada Suku Pertama 2026

Astrogempak KLIA

Sekilas

  • Ketibaan pelawat antarabangsa ke Malaysia meningkat 5.4% pada suku pertama 2026 dengan jumlah 10.65 juta orang, dipacu oleh sambutan Tahun Baharu Cina.
  • China dan Australia mencatat pertumbuhan ketibaan pelawat masing-masing sebanyak 25.2% dan 11.4%, manakala pelawat dari Eropah juga menunjukkan peningkatan kecuali Jerman.
  • Usaha memanjangkan tempoh tinggal pelancong dan peluasan rangkaian penerbangan terus menjadi faktor utama dalam pertumbuhan pelancongan negara.

Bilangan pelawat antarabangsa yang memasuki Malaysia pada suku pertama 2026 meningkat 5.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, mencecah 10,647,200 ketibaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pertumbuhan itu banyak dipacu lonjakan ketibaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang membantu mencatatkan rekod baharu bagi bulan Februari.

Menurut beliau, buat pertama kali, ketibaan pelawat pada bulan tersebut melepasi paras tiga juta dengan jumlah 3,472,557 ketibaan iaitu tertinggi pernah direkodkan bagi satu bulan.

“Pada suku pertama tahun lalu, jumlah pelawat antarabangsa ke Malaysia telah mencapai paras bersejarah 10,102,972 orang. Tahun ini, angka tersebut meningkat lagi kira-kira 500,000 orang, menjadikan suku pertama dua tahun berturut-turut melepasi 10 juta ketibaan.

“Sebelum ini, Malaysia tidak pernah mencapai angka 10 juta pelawat antarabangsa pada suku pertama malah pada 2019, sebelum pandemik, jumlah ketibaan suku pertama hanya 9,011,670 orang.

“China muncul sebagai pemacu utama dengan pertambahan lebih 280,000 pelawat dan kadar pertumbuhan 25.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Australia pula mencatatkan pertumbuhan dua angka dengan peningkatan 11.4 peratus,” katanya ketika mengumumkan Laporan Kemajuan Suku Pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 pada Rabu.

Tambah King Sing, Tahun Melawat Malaysia turut mensasarkan pertumbuhan serentak dari segi bilangan pelawat dan hasil perbelanjaan.

Jelasnya, salah satu kunci ke arah sasaran itu ialah memanjangkan tempoh tinggal pelancong di Malaysia.

Beliau berkata, pelancong dari Eropah yang lazimnya melancong dalam tempoh lebih panjang menjadi salah satu kumpulan sasaran utama.

“Daripada 16 pasaran utama Eropah termasuk Rusia dan Turkiye yang merentasi Eropah dan Asia, 15 negara mencatatkan pertumbuhan ketibaan ke Malaysia pada suku pertama tahun ini. Hanya Jerman mencatatkan penurunan iaitu 10.2 peratus.

“Antara yang paling menonjol ialah Turkiye (77.3 peratus), Ukraine (35.3 peratus) dan Poland (23.7 peratus). Hasilnya, jumlah pelawat Eropah ke Malaysia pada suku pertama buat pertama kali melepasi paras 500,000.

“Bagi memastikan sasaran peningkatan pelawat dan hasil tercapai, pelbagai usaha libat urus telah digiatkan dengan rakan industri antarabangsa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan peluasan rangkaian penerbangan ke Malaysia khususnya pembukaan laluan terus kekal sebagai antara pemacu utama pertumbuhan pelancongan negara.

“Ini juga menjadi salah satu faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan 5.4 peratus pelawat antarabangsa pada suku pertama 2026,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement