Skip to main content

Viral

Netizen Dakwa Rembayung Dah Macam ‘Rusuhan’ Sebab Sistem Tergendala, Khairul Aming Tampil Mohon Maaf - “Sepanjang 6 Bulan Berniaga…”

ASTROGEMPAK Khairul Aming (2)

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik Khairul Aming mengalami masalah sistem POS yang menyebabkan kekacauan dan kelewatan pesanan pada waktu makan tengahari Rabu.
  • Masalah sistem menyebabkan staf terpaksa menulis pesanan secara manual, mengakibatkan pelanggan slot pukul 2 petang tidak dapat masuk dan makanan lewat sampai.
  • Khairul Aming memohon maaf atas insiden tersebut dan memaklumkan sistem masih tergendala tetapi sudah terkawal untuk slot selepas pukul 4.30 petang.

Seorang individu berkongsi keadaan restauran Rembayung milik pencipta kandungan dan usahawan Khairul Aming yang mengalami masalah sistem tergendala. 

 

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut menyifatkan situasi di restauran itu seperti rusuhan disebabkan ramai pelanggan tidak dapat masuk. 

 

“Rembayung system down guys, dah macam rusuhan, semua ni slot pukul 2 ke atas tak dapat masuk. Lain macam,” tulis individu itu. 

 

Khairul Aming bagaimanapun tampil memohon maaf dan mengakui insiden itu menyebabkan keadaan di restaurannya menjadi huru hara ketika waktu makan tengahari pada Rabu. 

 

Menurut Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, masalah sistem tergendala itu juga membuatkan pihaknya terpaksa menulis satu persatu pesanan. 

 

“Mohon maaf hari ni (Rabu) huru hara waktu lunch. Sepanjang enam bulan berniaga hari ni first time StoreHub POS system down di mana semua order tak masuk dalam kitchen. 

 

“Kita kena manually tulis satu persatu order menyebabkan makanan slot tengahari semua delay dan slot yang pukul 2 petang affected masuk lambat. 

 

“So far system masih lagi down tapi dah terkawal untuk slot 4.30 petang ke atas,” kata Khairul Aming. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement