Skip to main content

Selebriti

“Tiada Kaitan Dengan Bapa Dia! Aku Yang Besarkan Mereka Dari Kecil Sampai Boleh Berlari!” - Rita Rudaini

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Rita Rudaini marah selepas ada individu di Threads kaitkan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
  • Rita tegaskan kejayaan Airit adalah hasil pengorbanannya membesarkan anak itu, bukan kerana bakat ayahnya.
  • Airit berjaya pecahkan rekod 110m lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 dan raih tempat kedua dan ketiga dalam acara lain.

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa marah selepas seorang individu di Threads mengaitkan bekas suaminya, Aidil Zafuan dengan kemenangan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dalam acara lumba lari, baru-baru ini.


 

Menerusi hantaran itu, pengguna tersebut kononya mendakwa bahawa kebolehan Airit dalam sukan olahraga telah diwarisi daripada bakat ayahnya yang merupakan pemain bola sepak negara.


 

Tidak berdiam diri, Rita menegaskan bahawa kejayaan anaknya itu tiada kaitan dengan ayahnya, sebaliknya dirinya yang telah banyak berkorban demi membesarkan anaknya itu sehingga ke tahap ini.


 

"Tiada kaitan dengan bapa dia! Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari itu aku! Jangan hamak perhatian," luahnya.


 

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai netizen dengan rata-rata mengecam tindakan individu tersebut sambil menasihati Rita untuk tidak melayaninya.


 

Terdahulu, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, terus mengharumkan nama keluarga apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.


 

Mewakili kontinjen Selangor, Rayyan yang berusia 17 tahun mempamerkan aksi cemerlang apabila turut meraih tempat kedua dalam acara 100m dan tempat ketiga bagi acara 200m.


 

Sekadar info, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum mereka sah bercerai lima tahun kemudian.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

adidas Football Entrada26 Shorts Men Black JZ2521

adidas Football Entrada26 Shorts Men Black JZ2521

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

Must Watch Video

Advertisement