Skip to main content

Selebriti

Shuib Imbau Momen Temani Arwah Siti Sarah, Kini Giliran Iringi Thalita Ke Pentas - “Dulu Daddy Bawa Ibu Pergi Show, ‘Rehearsal Sound Check’…”

Shuib Thalita

Sekilas

  • Shuib berkongsi rasa syukur dapat menemani anak perempuannya, Thalita, setiap kali membuat persembahan di pentas.
  • Momen ini mengimbau kenangan Shuib ketika menguruskan persembahan arwah isterinya, Siti Sarah, sebelum ini.
  • Setiap persembahan bersama Thalita menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan bapa dan anak selain urusan kerja.

Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menemani dan menguruskan anak perempuanya, Thalita setiap kali membuat persembahan di pentas.

Menerusi perkongsian di media soaial, Shuib berkata momen itu secara tidak langsung mengimbau kenangan ketika menemani Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin suatu ketika dahulu.

Menurut Shuib, dahulu dia sering mengiringi Siti Sarah ke setiap persembahan dengan membantu segala keperluan termasuk menguruskan mikrofon, menyediakan air minuman dan menghadiri sesi latihan serta pemeriksaan bunyi.

“Dulu daddy bawak ibu @sitisarahraissuddin pergi show, bawa kan mic, bawa kan air, rehearsal sound check.

“Sekarang alhamdulillah, bawak @thalita_shuib show pulak. Melayan kerenah budak kecik ni, comel!” kongsinya.

Tambah Shuib lagi, setiap persembahan bersama Thalita bukan hanya sekadar urusan kerja, sebaliknya menjadi peluang untuk mereka mengeratkan lagi hubungan bapa dan anak.

“Setiap show ada ceritanya, setiap show adalah bonding untuk kami anak beranak. Ada yang nak panggil Thalita Show?” coretnya.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement