Skip to main content

Viral

Tragedi Gerik Seakan Berulang, Ibu Gajah Enggan Tinggalkan Anak Hampir Tujuh Jam

ASTRO GEMPAK gajah mersing

Sekilas

  • Seekor ibu gajah di Jalan Felda Nitar, Mersing, enggan meninggalkan anaknya yang mati dilanggar kenderaan, dan berada di sisi bangkai selama hampir tujuh jam sebelum dialihkan pihak berkuasa.
  • Pasukan Perhilitan dan Unit Tangkapan Gajah dari Pusat Santuari Gajah Johor menjalankan siasatan dan membantu menghalau ibu gajah kembali ke hutan, manakala bangkai anak gajah ditanam berhampiran.
  • Insiden ini mengingatkan tragedi serupa di Gerik tahun lalu dan menimbulkan perbincangan mengenai konflik hidupan liar dan pembangunan serta perlindungan habitat gajah di Malaysia.

Insiden menyayat hati yang pernah mengundang perhatian seluruh negara di Gerik, Perak tahun lalu seakan berulang apabila seekor ibu gajah dilaporkan enggan meninggalkan anaknya yang mati selepas dilanggar kenderaan di Jalan Felda Nitar, Mersing, awal pagi Rabu.

Kejadian kira-kira jam 2.28 pagi itu tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan ibu gajah berkenaan setia berada di sisi bangkai anaknya selama hampir tujuh jam sebelum berjaya dialihkan pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.30 pagi sebelum empat anggotanya bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, seekor anak gajah betina yang dianggarkan berusia lima tahun ditemukan mati akibat dilanggar sebuah Perodua Bezza, manakala seekor gajah dewasa yang dipercayai ibunya masih berada di lokasi kejadian.

"Siasatan turut mendapati kumpulan gajah berkenaan dikenal pasti daripada ID Jamaluang-Mersing.

"Anak gajah itu dikenal pasti sebagai gajah betina dengan ukuran panjang badan kira-kira 150 sentimeter, tidak mempunyai gading serta lebar tapak kaki hadapan 11 inci dan tapak kaki belakang 14 sentimeter," katanya.

Beliau berkata, pasukan Unit Tangkapan Gajah dari Pusat Santuari Gajah Johor (JES) kemudian membantu menghalau ibu gajah itu masuk semula ke kawasan hutan, manakala bangkai anak gajah berkenaan ditanam di kawasan berhampiran.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Perhilitan akan menjalankan rondaan di lokasi malam ini dan esok bagi memastikan keselamatan ibu gajah itu serta mengelakkan ia kembali ke tempat kejadian.

Dalam kejadian sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pemandu Perodua Bezza terbabit cedera selepas kenderaannya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter akibat pelanggaran tersebut.

Perhilitan turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui Jalan Felda Nitar memandangkan kawasan itu merupakan laluan gajah melintas, selain papan tanda amaran telah dipasang sebelum ini.

Insiden itu mengimbau tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei tahun lalu apabila seekor anak gajah mati selepas dilanggar lori kontena, manakala ibu gajahnya tular kerana dilihat cuba menolak lori berkenaan dalam usaha menyelamatkan anaknya.

Rakaman itu mencetuskan perbincangan meluas mengenai konflik antara hidupan liar dan pembangunan, selain usaha melindungi habitat gajah di negara ini.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement