Skip to main content

Hiburan

Pengarah ‘Badut Gendong’ Sanggup Tunggu Berjam-Jam Demi Jayakan Babak Dengan Pelakon Bayi - “Kalau Dia Penat Kami..."

Astro Gempak 238

Sekilas

  • Pengarah Charles Gozali mendedahkan babak melibatkan bayi dalam filem Badut Gendong adalah cabaran terbesar kerana memerlukan kesabaran dan penjagaan rapi sepanjang penggambaran.
  • Kru produksi menggunakan pelbagai teknik termasuk petugas bertopeng sut hijau untuk memastikan keselamatan bayi dan menyesuaikan jadual mengikut keadaan emosi serta fizikal bayi.
  • Filem Badut Gendong kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan mengisahkan penghibur jalanan yang hilang kewarasan selepas kehilangan isteri dan bayi dalam kandungan.

Pengarah filem Badut Gendong, Charles Gozali mendedahkan antara cabaran paling besar sepanjang penggambaran naskhah seram aksi itu bukanlah mengarahkan babak pergaduhan atau adegan ganas, sebaliknya melibatkan seorang pelakon bayi.

Menurut Charles, proses penggambaran membabitkan bayi yang memegang watak anak kepada Yu Tini lakonan Vonny Anggraini memerlukan kesabaran luar biasa daripada seluruh kru produksi.

“Kalau di lokasi penggambaran, babak paling sukar ialah adegan bersama bayi. Malah, untuk membuatkan dia tidur pun kami perlu memberi masa secukupnya.

“Kami juga perlu memastikan bayi itu tidak menerima layanan yang tidak baik. Ibu bapanya sentiasa berada di lokasi untuk memantau, jadi kami sangat berhati-hati,” katanya.

Menurut Charles, terdapat satu babak penting pada penghujung filem yang memerlukan bayi itu membuka mata selepas tidur sehingga memaksa kru menunggu selama beberapa jam.

“Kalau tengok babak terakhir, daripada dia tidur sehingga membuka mata, kami menunggu berjam-jam.

“Sejujurnya, kami berjaya mendapatkan babak itu juga dengan izin Tuhan dan sedikit tuah,” katanya.

Tambahnya, memandangkan pelakon cilik itu masih bayi, pasukan produksi menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan reaksi yang diinginkan.

“Dia tak boleh menerima arahan seperti pelakon dewasa. Jadi apabila ada babak dia perlu melihat ibunya, kami gunakan pelbagai cara seperti bergurau, bermain permainan dan macam-macam lagi untuk menarik perhatiannya,” katanya.

Malah, aspek keselamatan bayi turut diberi keutamaan apabila kru menyediakan petugas khas memakai sut hijau (green suit) bagi memastikan bayi sentiasa selamat sepanjang penggambaran.

“Sebenarnya ada kru yang memakai green suit untuk memegang dan menjaga bayi dari belakang supaya dia tidak terjatuh. Semua itu akan dipadam menggunakan kesan visual ketika proses suntingan,” ujarnya.

Menurut Charles lagi, jadual penggambaran juga terpaksa disesuaikan mengikut keadaan emosi dan fizikal bayi.

“Kalau dia mula kepanasan, penat atau berubah emosi, kami hentikan penggambaran dan beri dia berehat dahulu.

“Itulah cabaran paling sukar kerana semuanya bergantung kepada keadaan bayi ketika itu,” katanya.

Filem arahan Charles Gozali itu turut dibintangi Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Totos Rasiti, Akbar Kobar, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Dalam masa sama, filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Untuk rekod, Badut Gendong mengisahkan Darso lakonan Marthino Lio, seorang penghibur jalanan yang hilang kewarasan selepas isterinya, Darsi bersama bayi dalam kandungan dibunuh dengan kejam.

Badut Gendong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

 

Sumber: medcom.id

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement