Skip to main content

Konsert Rock Car Park Bakal Gegarkan Rooftop Campbell Complex Mei Ini

Astro Gempak rock (8)

Sekilas

  • Konsert Rock Car Park akan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Rooftop Campbell Complex, Kuala Lumpur dengan konsep urban terbuka yang unik.
  • Konsert ini menampilkan barisan artis rock terkenal seperti MAY, Sofea, Bloodshed, Wicitra, dan Shasha and The Boys dengan lagu-lagu ikonik era kegemilangan rock tempatan.
  • Tiket akan dijual mulai 12 Februari 2026 dengan harga bermula RM100 dan terdapat pakej eksklusif termasuk T-shirt serta kasut edisi terhad.

Peminat muzik rock tanah air bakal disajikan dengan pengalaman berbeza apabila Konsert Rock Car Park dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Rooftop Campbell Complex, Kuala Lumpur.

Pengumuman rasmi dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Campbell Complex, Jalan Dang Wangi, sekali gus memperkenalkan konsep konsert berlatarkan suasana urban terbuka yang jarang diketengahkan dalam penganjuran konsert tempatan.

Konsert ini menghimpunkan barisan nama besar rock tempatan seperti MAY, Sofea, Bloodshed, Wicitra serta Shasha and The Boys, selain beberapa lagi nama besar yang akan diumumkan secara berperingkat.

Lebih menarik, konsert ini bakal membawakan lagu lagu ikonik yang pernah menjadi siulan peminat rock era kegemilangan, antaranya Bunga Padang Pasir nyanyian Sofea, Srikandi Cintaku oleh Bloodshed, Mira Edora daripada Wicitra, Cintamu Mekar Di Hati oleh May serta Cinta Berakhir yang dipersembahkan Shasha and The Boys yang pernah dipopularkan oleh Ella and The Boys.

Gabungan lagu malar segar ini dijangka mengembalikan nostalgia dan menyatukan peminat rock daripada pelbagai generasi.

Konsert Rock Car Park bakal mengetengahkan persembahan muzik rock dalam suasana terbuka di tengah kota, menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding format konsert konvensional.

Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform kepada penggiat muzik rock tempatan serta menghimpunkan komuniti peminat rock dalam satu acara yang lebih santai namun penuh tenaga.

Selain mengangkat semula karya karya legenda, konsert ini juga dilihat sebagai usaha menyemarakkan kembali perkembangan muzik rock tempatan selaras dengan landskap industri hiburan semasa.

Menurut Pengarah Urusan, Najmi Rahim, penganjuran konsert ini diyakini mampu memberi impak positif kepada industri muzik rock tempatan serta memperkukuhkan kedudukan genre tersebut dalam arus perdana hiburan tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khairul Mustaqim Zainal pula menegaskan bahawa konsert ini bukan sekadar acara hiburan, tetapi sebuah platform penyatuan komuniti rock yang merentasi generasi dan latar belakang.

Pihak penganjur turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, kelancaran operasi serta pengalaman penonton bagi memastikan acara berlangsung dengan teratur dan profesional.

Jualan tiket akan dibuka menerusi platform Ticket2U bermula 12 Februari 2026 dengan harga presale RM100, early bird RM120 dan harga normal RM150.

Turut ditawarkan pakej eksklusif dengan tambahan RM289 yang merangkumi T Shirt serta kasut edisi terhad Rock Car Park daripada Fung Keong.

Penganjur berharap Konsert Rock Car Park akan menjadi acara tahunan yang dinanti nantikan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada bakat tempatan serta merancakkan kembali semangat rock dalam kalangan peminat muzik di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement