Skip to main content

Hiburan

Isu Individu Hina Kerjaya Anak Seni, Fazley Yaakob Minta Tegur Cara Sopan Bukan Cari Perhatian - “Cetuskan Provokasi Undang Kesan Buruk”

Astro Gempak 389

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menegaskan bahawa kita tidak wajar menghukum orang lain kerana manusia bukan Tuhan atau malaikat.
  • Beliau mengingatkan supaya menegur dengan cara berhemah dan sopan demi menjaga keharmonian masyarakat terutama di media sosial.
  • Fazley juga menasihatkan agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa kesan negatif dan penting untuk lebih berhati-hati dalam percakapan dan tindakan.

Tindakan seorang pempengaruh yang didakwa menghina kerjaya anak seni dengan menyifatkan pendapatan dalam bidang tersebut sebagai haram mencetuskan polemik dalam kalangan netizen.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang tampil memberikan pandangannya.

Menurut Fazley, setiap individu tidak wajar sewenang-wenangnya menghukum orang lain kerana manusia bukanlah Tuhan atau malaikat.

“Berkenaan isu menilai atau menghukum orang lain, kita perlu sedar bahawa kita bukan Tuhan untuk menghukum dan bukan malaikat untuk menentukan dosa orang lain.

“Kita hanyalah manusia yang tidak lari daripada kesilapan,” katanya ketika ditemui di Astro Bukit Jalil, semalam.

Tambahnya, menegur sesuatu perkara adalah dibolehkan, namun perlu dilakukan dengan cara berhemah dan sopan.

“Bagi saya, menegur itu dibolehkan, namun hendaklah dilakukan dengan cara yang sopan sebagaimana yang diajarkan dalam agama,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fazley menegaskan kepentingan menjaga keharmonian dalam masyarakat terutama dalam era media sosial yang semakin berkembang.

“Kehidupan yang aman dan harmoni adalah tuntutan yang perlu dipelihara. Sekarang ramai menghasilkan kandungan media sosial dengan pelbagai pendekatan seperti video, resipi dan drama.

“Saya pula memilih untuk menulis di Threads bagi berkongsi pandangan tanpa menyebut nama sesiapa secara langsung,” jelasnya.

Katanya lagi, pendekatan tersebut bertujuan mengajak orang ramai berfikir secara lebih terbuka tanpa menimbulkan konflik.

“Ada kalanya penyampaian itu kedengaran pedas dan ada kalanya manis. Namun, tidak semua yang pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu,” katanya.

Mengulas lanjut, Fazley turut menasihatkan orang ramai agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa kepada kesan negatif.

“Hakikatnya ada individu yang sengaja mencari perhatian dengan mencetuskan reaksi. Itu lumrah kehidupan.

“Namun, kita diingatkan agar tidak ‘menjolok sarang tebuan’ iaitu tidak mencetuskan provokasi yang boleh mengundang kesan buruk,” katanya.

Menurutnya, individu yang lebih berpengalaman lazimnya lebih berhati-hati dalam percakapan dan tindakan.

“Sebagai masyarakat, kita perlu memahami akibat daripada setiap tindakan yang dilakukan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement