Skip to main content

Hiburan

“Kami Saksi Dia Sangat Membantu Dalam Kapal, Saya Percaya Orang Akan…” - Hazwani Helmi Puji Ardell Aryana

ASTROGEMPAK Hazwani

Sekilas

  • Hazwani Helmi berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun adiknya, Ardell Aryana, yang juga aktif dalam misi kemanusiaan.
  • Ardell dilihat sangat membantu dan ringan tulang sepanjang menyertai perjalanan flotila Global Sumud 2.0 ke Gaza.
  • Misi tersebut melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta termasuk petugas awam yang memberi bantuan serta pembinaan semula di Gaza.

Sempena ulang tahun Ardell Aryana, adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi berkongsi ucapan istimewa buat pelakon dan aktivis kemanusiaan itu.

Menerusi hantaran di Threads, Hazwani yang juga aktif dalam misi kemanusiaan mendoakan agar isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa itu sentiasa berada dalam lindungan Allah.

“Throwback sebelum berlayar. Sanah helwah Ardel! Cantik Allah susun tarikh masyaAllah. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” kongsinya. 

Dalam hantaran yang sama, Hazwani turut berkongsi dia bersama rakan-rakan seperjuangan lain menyaksikan sendiri kesungguhan Ardell sepanjang menyertai perjalanan flotila tersebut.

Menurutnya, Ardell dilihat sangat ringan tulang dan sentiasa membantu sepanjang berada di atas kapal.

Hazwani turut meluahkan keyakinan kehadiran Ardell sentiasa memberi rasa tenang dan lega kepada orang sekeliling, khususnya sepanjang misi kemanusiaan yang mencabar.

“Dalam perjalanan flotilla kami saksi, Ardell sangat helpful dalam kapal. I believe people will feel relief when you’re around,” katanya lagi. 

Ardell bersama Heliza dan Hazwani antara delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.

Misi ini melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta termasuk petugas awam seperti doktor dan guru yang akan memberikan bantuan serta pembinaan semula di Gaza.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Must Watch Video

Advertisement