Sekilas
- Didi Astillah mula perasan perubahan pada kakaknya, Bella Astillah, ketika mereka berada di Semporna, Sabah, yang menunjukkan tanda-tanda dilamun cinta.
- Bella kelihatan lebih ceria dan berbeza ketika bekerja, terutama apabila bersama pasangan yang tidak diketahui umum.
- Bella telah bertunang dengan Syed Saddiq pada 28 Mac dalam majlis tertutup, selepas berpisah buat kali kedua dengan bekas suami, Aliff Aziz, pada Mac 2024.
Pelakon Didi Astillah berkongsi detik awal dia mula menyedari perubahan kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sedang dilamun cinta.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Inayah Trading, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, berkata dia mula menghidu perkara tersebut ketika mereka berada di Semporna, Sabah.
“Sebenarnya saya mula nampak waktu kami pergi ke Semporna, kalau tak silap. Sebelum itu memang tak pernah bercakap atau detect benda itu.
“Tapi kita nampak kemesraan itu, kita ada naluri sebab itu kakak saya,” katanya.
Menurut Didi, perubahan tersebut dapat dilihat melalui riak wajah Bella yang kelihatan lebih ceria terutama ketika bekerja.
“Dia memang kuat kerja, tapi bila dia bekerja dengan partner yang tak tahu, senyuman dia lain macam.
“Dia nampak tak penat dan sentiasa okey, tapi bagi didi Sabah kot” ujarnya.
Tambahnya, sebagai adik, dia mudah mengenali perubahan emosi kakaknya sama ada sedang gembira atau sebaliknya.
Terdahulu, pada 28 Mac lalu, Bella dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Dalam majlis tersebut, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah buat kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.