Skip to main content

Hiburan

DSV Kongsi Pengalaman Perit Hadap Kekecewaan Lepas Berkorban Fizikal & Emosi Demi ‘Freeze’ Telur - “Saya Dah Move On”

Astro Gempak

Sekilas

  • Datuk Seri Vida berkongsi pengalaman sukar menjalani proses pembekuan telur yang memerlukan disiplin tinggi dan menanggung kesakitan fizikal serta emosi.
  • Proses tersebut melibatkan pengambilan ubat, pemeriksaan mingguan, dan kesakitan yang bukan mudah untuk dihadapi, terutama pada usia yang tidak muda lagi.
  • Vida kini memilih untuk meneruskan hidup tanpa menoleh ke belakang walaupun belum memberi kemaafan, selepas rancangan berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya tidak kesampaian.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mendedahkan pengalaman perit yang dilaluinya ketika menjalani proses pembekuan telur, yang disifatkan bukan sahaja memenatkan, malah menyakitkan secara fizikal dan emosi.

Menurut Vida, ramai melihat proses tersebut sebagai sesuatu yang mudah, namun hakikatnya memerlukan disiplin tinggi serta pengorbanan besar.

“Orang nampak ‘freeze’ itu senang, tapi di sebaliknya banyak kerja kena buat.

“Kena makan macam-macam ubat, ikut nasihat doktor, setiap minggu kena buat pemeriksaan,” katanya.

Tambahnya, proses tersebut turut melibatkan kesakitan fizikal yang sukar digambarkan.

“Kena cucuk darah, ambil ubat… sebab umur kita bukan muda lagi. Jadi proses itu memang sakit.

“Orang nampak mudah, tapi nak hadap semua itu dan kemudian hadapi kekecewaan, bukan semua orang mampu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Vida berkata dia kini memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

“Mestilah saya dah ‘move on’, sudah lama.

“Tapi untuk kemaafan… setakat ini memang belum ada,” katanya.

Terdahulu, Vida berkongsi luahan telah membekukan telur sebagai persediaan sebelum dia dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli berkahwin dalam satu sesi siaran langsung di kediaman Datuk Aliff Syukri pada Sabtu.

Prosedur tersebut telah dirancang ketika mereka masih berhubungan baik dan ia merupakan satu langkah untuk membina keluarga sendiri.

Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal Zulkefli sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila mereka merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

Must Watch Video

Advertisement