Skip to main content

“Keluar Dari Hidup Si Narcissist Bukan Kegagalan Tapi Kelulusan” - Zehra Zambri

Astro Gempak 159

Sekilas

  • Zehra Zambri berkongsi foto di Threads yang menggambarkan tiga fasa hidupnya sebelum, semasa, dan selepas hubungan dengan bekas suami.
  • Dalam kapsyen, Zehra memberi mesej tentang kekuatan selepas keluar dari hubungan dengan individu narcissist dan mengajak orang ramai berhenti mengorbankan diri sendiri.
  • Perkongsian itu mendapat sokongan ramai pengikut yang mendoakan agar Zehra terus kuat dan berjaya dalam kehidupan baharu selepas bercerai tahun lalu.

Penyanyi Zehra Zambri menarik perhatian ramai selepas memuat naik perkongsian foto menerusi akaun Threads.

Dalam hantaran tersebut, Zehra berkongsi foto yang memaparkan tiga fasa berbeza yang dilalui iaitu sebelum bersama si ‘dia’, sewaktu bersama ‘dia’ dan selepas tiada ‘dia’.

Lebih mencuri tumpuan, kapsyen yang ditulis penyanyi itu seolah-olah memberi bayangan mengenai pengalaman hidupnya.

dfvd

“Saat kamu pergi dari hidup si narcissist, itu bukan kegagalan… tapi itu adalah kelulusan. Berhentilah mengorbankan dirimu sendiri. Salam waras,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Zehra terus kuat menjalani kehidupan baharu.

“Terus kuat kak.

“Teruskan ke hadapan akak, anda tidak keseorangan.

“Semoga dapat comeback menyanyi,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement