Skip to main content

Jual Nasi Ayam RM26 Sebekas, Anak Sulung Noor Kartini Kongsi Kisah Sebalik Perniagaan Yang Orang Tak Nampak - “Saya Sebenarnya Banyak Buat…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Sara Adinna berkongsi kisah di sebalik perniagaan nasi ayam keluarganya yang berharga RM26 sebekas, menegaskan niat mereka bukan semata-mata untuk kaya.
  • Keuntungan perniagaan digunakan untuk membantu golongan memerlukan seperti pesakit dialisis, anak-anak autisme, warga emas, ibu tunggal, dan pelajar kolej.
  • Dia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berbuat baik dan tidak mementingkan diri sendiri kerana kebaikan akan membawa keberkatan.

Anak sulung kepada usahawan Datin Noor Kartini, Noor Sara Adinna tampil berkongsi mengenai kisah disebalik perniagaan nasi ayam milik keluarganya yang berharga RM26 sebekas itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sara memaklumkan bahawa mereka berniaga bukanlah untuk kekayaan semata-mata, namun mempunyai kisah tersirat yang tidak diketahui ramai.

“Kalau meniaga semata-mata nak kaya, memang jauh sekali. Ada kisah yang orang luar tak nampak. 

“Sebab itu guru-guru pesan untuk perbetulkan niat dan pasang niat yang baik. Kemudian, barulah berdoa, duduk dalam majlis ilmu, dengar dan faham apa yang dipelajari. Kerana setiap perbuatan bermula dengan niat,”tulisnya.

Mengulas lanjut, Sara menjelaskan bahawa mereka sebenarnya ingin berbakti semula kepada masyarakat melalui hasil  keuntungan perniagaannya itu.

“Disebalik jualan nasi ayam itu, saya sebenarnya banyak buat giveback. 

“Ada yang dibantu untuk kos dialisis, ada anak-anak autisme yang dibantu, ada warga emas yang uzur, ibu tunggal, pelajar yang baru melangkah ke kolej dan macam-macam lagi yang orang tak tahu,”ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memberi pesanan terbuka kepada orang ramai untuk tidak memntingkan diri sendiri dan sentiasa berbuat baik.

“Setiap orang ada perjuangan dan kisah masing-masing. Jangan sampai kita mendidik diri sampai terlalu pentingkan diri sendiri kerana semakin akrab kita dengan kebaikan, semakin melimpah barakah yang Allah turunkan,”katanya.

Sebelum ini, Noor Kartini meraih pujian ramai selepas nasi ayam air tangannya sendiri yang dijual pada RM26 sebekas itu disifatkan sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Anda mungkin berminat dengan

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

Must Watch Video

Advertisement