Skip to main content

Berita

Banyak Dakwaan Tak Berasas Dikeluarkan, Suami Jaslinda Saludin Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Gempak

Sekilas

  • Suami Jaslinda Saludin, Haszman Othman, kesal dengan dakwaan palsu dan fitnah di media sosial berkaitan kehilangan isterinya ketika mendaki Gunung Batu Putih.
  • Haszman dan komuniti Orang Asli berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebar fitnah dan gurauan keterlaluan mengenai kejadian itu.
  • Jaslinda ditemukan selamat selepas 14 hari hilang dan keluarganya berharap orang ramai menunggu penjelasan rasmi apabila kesihatannya pulih.

Suami kepada Jaslinda Saludin, pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih pada 23 Mei lalu iaitu Haszman Othman kesal dengan beberapa dakwaan tidak betul mengenai kehilangan isterinya itu.

Memetik Harian Metro, Haszman memaklumkan bahawa dia dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang kepada beberapa pengguna media sosial yang dilihat keterlaluan hingga memfitnah isterinya susulan kehilangan itu.

"Ada yang mengaitkan dengan ahlong... Ada juga yang bergurau melampau hingga memfitnah kononnya Tok Batin, Orang Asli simpan isteri saya selama seminggu.

"Ia gurauan melampau yang tak jaga perasaan saya selaku suami, maka saya kena bagi pengajaran agar perkataan macam itu memakan diri walaupun dia macam gelak-gelak bergurau hendak tarik 'view' (tontonan).

"Umpama maruah saya dia permainkan sebab kononnya (Jaslinda) disorok selama seminggu. Saya difahamkan komuniti Orang Asli pun sudah membuat laporan terhadap akaun media sosial itu sebab secara tidak langsung sudah memperkecilkan masyarakat itu," katanya.

Dalam pada itu, Haszman meluahkan rasa kagum terhadap Jaslina yang begitu kuat dan tabah sepanjang tempoh kehilangannya itu.

Sepanjang 14 hari tempoh kehilangannya, Jaslinda terus kuat bersumberkan penjagaan hubungan dengan Allah SWT dengan solat lima waktu sentiasa dijaga isterinya itu.

"Memang dia tak tinggal (solat)... saya tahu dia orang macam mana. Bayangkan bila sudah berseorangan dalam hutan, tiada orang lain jadi pada masa itu antara dia dengan Allah SWT sahaja," katanya lagi.

Sebelum ini, kisah kehilangan Jaslinda menjadi perhatian seluruh negara selepas wanita berusia 49 tahun itu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman.

Jaslinda akhirnya ditemukan selamat oleh komuniti Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh selepas hampir dua minggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Sejak penemuannya, pelbagai spekulasi muncul di media sosial mengenai punca kehilangan dan bagaimana Jaslinda berjaya bertahan selama 14 hari di dalam hutan.

Bagaimanapun, keluarga berharap orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri dan menunggu penjelasan rasmi daripada Jaslinda apabila keadaan kesihatannya benar-benar mengizinkan.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement