Sekilas
- Pelakon Zeera Azizi berkongsi pengalaman berdebat dengan seorang lelaki yang enggan memberi duit belanja selepas berkahwin walaupun setuju lelaki kena jadi ‘provider’.
- Lelaki tersebut hanya mahu tanggung bil, rumah, makan dan pakaian, serta menggunakan dalil untuk menolak kewajipan beri duit belanja kepada isteri.
- Zeera akui dia bersabar kerana sayang walaupun hati penuh persoalan, dan wargamaya pula berpendapat lelaki itu sepatutnya lebih sensitif dalam hal ini.
Pelakon Zeera Azizi berkongsi pengalamannya berdebat dengan seorang lelaki yang pernah dikenali mengenai suami kena menjadi ‘provider’ dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, Zeera memberitahu isu itu menjadi perbalahan antara mereka disebabkan lelaki tersebut tetap dengan pendirian enggan memberi wang pembelanjaan selepas berkahwin.
“Cerita berdasarkan pengalaman la eh. Bila kahwin, lelaki kena jadi provider (bagi nafkah) kan? Kalau bagi duit belanja bulan-bulan tu memang bukan wajib.
“Tapi pernah la satu ketika dulu berbalah dengan si dia ni sebab dia tetap nk tegakkan nanti dah kahwin dia takkan bagi duit belanja ke apa ke,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, kakak kepada penyampai radio Neera Azizi itu berkata lelaki itu hanya mahu membayar bil, rumah, makan dan pakaian sahaja.
“Cuma dia bayar bil, rumah, makan, pakai yang diperlukan sahaja. Dia siap beria cari dalil tunjuk kita kalau duit belanja tak payah bagi bini.
“Cuba bayang benda macam tu saja pun dah jadi perbalahan padahal kahwin pun belum, rasa-rasa dia alright tak alright? Bincangkan,” katanya lagi.
Rata-rata wargamaya berteka-teki identiti lelaki yang dimaksudkan selain turut berkata individu itu sepatutnya tidak berbalah isu tersebut.
“At least jawab la InsyaAllah kalau ada rezeki lebih i bagi duit belanja kalau duit cukup-cukup i bagi yang wajib saja. Sedap la juga mendengarnya. Ni memang terus cakap takkan bagi ye. Run gurl run!” kata individu itu.
Zeera turut bersetuju dengan individu tersebut namun ketika itu dia hanya mampu bersabar kerana perasaan sayang.
“Yee at least jaga la hati kita sikit kan. Ni tidak. Terus cari dalil tu. Kita pula masa tu fikir sebab sayang kan, sabar jela. Walau dalam hati ada 1001 persoalanya,” katanya.
Sumber - Threads