Skip to main content

Selebriti

Zara Zya Kurang Setuju Sikap Pertikai Cara Orang Masak - “Kalau Tak Kena Dengan Tekak Kita, Tak Perlu Kecam, Raikan Saja”

Zara Zya

Sekilas

  • Zara Zya menegaskan bahawa perbezaan resepi masakan adalah perkara biasa dan tidak perlu dipertikaikan sehingga menimbulkan perdebatan di media sosial.
  • Zara menjelaskan bahawa bahan dan cara masakan boleh berubah mengikut tempat dan selera, menjadikan setiap versi unik.
  • Zara menganggap masakan sebagai seni yang subjektif dan mengajak orang ramai untuk meraikan dan mencuba tanpa mengkritik.

Pelakon, Zara Zya kurang bersetuju dengan sikap segelintir pihak yang gemar mempertikaikan cara masakan orang lain sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zara berkata perbezaan dalam resepi adalah sesuatu yang normal dan tidak seharusnya dijadikan isu.

“Bab resepi pun boleh gaduh. Tak cukup bahan lah, tak ikut cara asal lah. Sejak bila masakan ada satu versi je yang betul?,” coretnya.

Tambahnya lagi, perubahan dalam masakan adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila sesuatu hidangan dibawa ke tempat atau negara berbeza.

“Bila sampai negara lain, bahan pun berubah ikut tempat. Masuk rumah kita, berubah ikut selera kita pula. Sambal pun, lain rumah lain rasa. Gulai pun lain tangan lain cerita,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Zara juga menegaskan bahawa masakan merupakan satu bentuk seni yang bersifat subjektif.

“Masakan ni seni. Seni tak ada betul atau salah, yang ada cuma citarasa.

“Kalau tak kena dengan tekak kita, tak perlu kecam. Raikan saja. Belajar saja. Cuba saja. Dok gitu?” tulisnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Zara:


Sumber: Threads @zarazya

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement