Sekilas
- Pelakon Zahirah MacWilson berkongsi bahawa kebahagiaan dalam hubungan bukan bergantung pada hadiah material, tetapi lebih kepada masa yang diluangkan bersama.
- Dia menekankan bahawa kejutan kecil seperti donut sudah cukup bermakna dalam keluarganya dan memberi nilai besar dalam hubungan.
- Zahirah juga mengakui suaminya, Aiman Hakim Ridza, banyak mengajarnya tentang nilai kehidupan yang lebih fokus pada hubungan berbanding materialistik.
Pelakon Zahirah MacWilson berkongsi pandangannya mengenai makna sebenar kebahagiaan dalam hubungan, yang menurutnya tidak bergantung kepada perkara material semata-mata.
Menurut Zahirah, dalam keluarganya, mereka tidak terlalu mementingkan pemberian hadiah besar, sebaliknya lebih menghargai masa yang diluangkan bersama.
“Dalam keluarga kami, kami tidak selalu suka kena ada hadiah, kena ada itu dan ini. Ia lebih kepada kebersamaan pada waktu sekarang.
“Ia tentang menghargai masa bersama, bukan memberi sesuatu yang terlalu materialistik. Kadang-kadang, kejutan kecil seperti donut pun sudah cukup bermakna,” katanya.
Pelakon drama Good Days Go To Heaven itu berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual bersama Majalah Nona.
Tambahnya lagi, perkara-perkara kecil itulah yang sebenarnya memberi nilai besar dalam hubungan.
Malah Zahirah turut mengakui suaminya yang juga aktor Aiman Hakim Ridza yang banyak mengajarnya tentang sebuah perhubungan.
“Kami sentiasa mengutamakan perkara yang benar-benar penting, walaupun kecil. Ia tidak perlu besar dan megah.
“Dia banyak mengajar saya tentang nilai kehidupan yang tidak berasaskan material, tetapi lebih kepada hubungan,” ujarnya.
Sumber - Threads