Sekilas
- Majlis graduasi pelakon Sharmaine Alexander jadi lebih bermakna bila aktor kegemarannya, Meerqeen, turut hadir.
- Mereka berdua sempat buat trend TikTok bersama yang dikongsikan Sharmaine di akaun TikToknya.
- Netizen teruja dan anggap pertemuan ini sebagai "dream moment" antara idola dan peminat.
Majlis graduasi pelakon Sharmaine Alexander menjadi lebih bermakna apabila aktor kegemarannya, Meerqeen turut hadir ke majlis yang sama.
Momen istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Sharmaine menerusi satu hantaran di TikTok.
Dalam video tersebut, kedua-dua pelakon itu dilihat bersama-sama melakukan sebuah trend TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan menganggap ia sebagai “dream moment” yang akhirnya menjadi kenyataan apabila idola dan peminat bertemu secara bersemuka.
“Finally dia jumpa juga Meerqeen!
“Finallyyyy mandakkkkkk!
“Jadi kenyataan dowhhhhh!
“Ecehhhhh FINALLY JUMPA MEERQEENNN!
“Wowww girl! Graduated and Meerqeen is a flex!
“Double M - master and Meerqeen!
“That’s my girl! Kejar crush sampai jadi kenyataan," tulis netizen.
Sebelum ini, Sharmaine Alexander pernah beberapa kali memuat naik video yang menunjukkan dirinya meminati Meerqeen serta menyuarakan hasrat untuk bertemu dengannya.
Sumber: TikTok Sharmaine Alexander