Skip to main content

Hiburan

Pegang Peranan Sebagai Hang Tuah Di PGL, Netizen Label Aqasha Sebagai ‘Kalis Tua’ - “Dulu Pernah Berlakon Dengan Hani Mohsin, Sekarang…”

Aqasha

Sekilas

  • Pengumuman barisan pelakon penuh Puteri Gunung Ledang The Musical mencuri perhatian warganet, terutama pelakon dan penyanyi Aqasha yang memegang watak Hang Tuah.
  • Aqasha dipuji kerana bakat lakonan dan nyanyiannya serta dianggap 'kalis tua' walaupun berusia 43 tahun.
  • Pementasan kali ini menampilkan dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan, dengan Aisha Retno, Mila Mohsin, Mimi Fly, dan Nadiah Aqilah turut terlibat.

Sejak hujung minggu lalu, pengumuman mengenai barisan pelakon penuh bagi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) terus mencipta fenomena apabila rata warganet meluahkan rasa teruja melihat barisan pelakon.

Terbaharu, seorang individu tampil meluahkan rasa teruja mengenai pelakon dan penyanyi, Aqasha yang bakal memegang watak Hang Tuah bagi pementasan teater tersebut.

Menurut individu tersebut, Aqasha sangat sesuai untuk membawa watak tersebut kerana begitu berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Malah, dia turut menyifatkan Aqasha sebagai ‘kalis tua’ kerana dilihat masih tampan di kala usianya yang sudah menginjak usia 43 tahun.

“ (Watak) Hang Tuah tu paling best. Dulu dia berlakon dengan Hani Mohsin, sekarang berlakon dengan Mila Mohsin.

“Kalis tua bethol, semua era Aqasha masih relevan,” kongsinya.

Terdahulu, pihak produksi memaklumkan pementasan kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Nama penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama untuk watak Puteri Gunung Ledang bersama aktres Mila Mohsin, manakala Aqasha pula sah membawakan watak Hang Tuah.

Sementara itu, penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah dipilih sebagai pemeran watak Bayan.

Turut diumumkan, Luqman Hafidz bakal memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi antara produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir dua dekad sejak dipentaskan buat kali pertama.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

Advertisement