Sekilas
- Aisha Retno berkongsi pengalaman hampir sembilan tahun dalam industri hiburan yang penuh dengan kritikan terhadap bakat dan persembahannya.
- Dia sudah biasa dengan komen negatif seperti bodyshaming dan dipanggil 'try hard artist', namun tidak lagi terlalu memikirkannya.
- Aisha menekankan pentingnya fokus pada minat, usaha, dan keupayaan diri untuk terus maju dalam seni.
Penyanyi dan komposer Aisha Retno tampil berkongsi luahan hati mengenai perjalanan seninya sepanjang hampir sembilan tahun berada dalam industri hiburan.
Menerusi perkongsian di Threads, Aisha mengakui dia sudah biasa berdepan pelbagai kritikan termasuk dipersoalkan bakat nyanyian, hasil muzik serta persembahannya di atas pentas.
“Sepanjang hampir 9 tahun berada dalam industri, asam garam seperti being doubted for my talent in singing and creating music also making art in dance and performing, faceshamed, bodyshamed, being called ‘a try hard artist’ sudah menjadi alah bisa tegal biasa bagi Aisha,” tulisnya.
Menurut penyanyi lagu Sutera itu, dia tidak lagi terlalu memikirkan komen negatif kerana menyedari setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.
“Not to worry guys, this is not the first time that I’ve been exposed to criticisms and unpleasant comments,” katanya lagi.
Tambah Aisha, apa yang paling penting adalah terus memberi fokus kepada perkara yang ingin diperjuangkan selain percaya terhadap minat, usaha dan kemampuan diri sendiri.
“Paling penting adalah fokus pada satu tujuan yang ingin diperjuangkan, knowing u’re one with ur passion dan keinginan juga kemampuan,” ujarnya.
