Skip to main content

Hiburan

Yusuf Azmi Tewas Di Gelanggang Warzone, Adik Tetap Bangga, Dedah Pengorbanan Abang Majukan Sukan Tempur - "Ramai Tak Nampak Apa Dia Lalui"

mnkknk

Sekilas

  • Farah Azmi, adik kepada pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, meluahkan rasa bangga terhadap usaha abangnya dalam memajukan sukan tempur di Malaysia walaupun menghadapi tekanan dan cabaran kewangan.
  • Yusuf Azmi tewas kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, dalam pertarungan utama Warzone World Championship di Nilai, Negeri Sembilan selepas menunjukkan prestasi cemerlang di pusingan pertama.
  • Walaupun terdapat kontroversi berkaitan gimik pemasaran WWC yang mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan, kejohanan akhirnya dibenarkan diteruskan selepas mendapat kelulusan rasmi.

Adik kepada Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), , Yusuf Azmi, iaitu Farah Azmi, meluahkan rasa bangga terhadap usaha abangnya dalam memajukan sukan tempur (combat sport) di Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Farah menegaskan ramai tidak mengetahui beban dan pengorbanan yang ditanggung Yusuf dalam mengangkat nama atlet tempatan.

“Saya bangga dengan abang saya.

“Dia orang yang bertungkus-lumus angkat fighter Malaysia, walaupun beban yang dia tanggung bukan kecil.

“Ramai tak nampak apa dia lalui, persiapan, tekanan, dan kewangan yang dia fikir setiap hari demi bagi platform pada orang lain.

“Dia tetap buat kerja. Dia tetap angkat fighter.

“Kalau ada yang tak hargai, itu pilihan masing-masing. Bagi saya, dia tetap orang paling kuat dalam naikkan Combat Sport di Malaysia,” tulisnya.

vdvs

Sebelum ini, Yusuf Azmi tewas kepada petinju Indonesia, Yunus Martin dalam acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) pada Ahad malam.

Dalam pertarungan kategori WWC International Influencer Super Lightweight Championship yang berlangsung di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan itu, Yusuf, 35, bermula cemerlang di pusingan pertama dengan beberapa kombinasi padu disambut sorakan penonton.

Namun memasuki pusingan kedua, strategi agresif sejak awal dilihat memakan diri apabila Yusuf mula menunjukkan tanda keletihan sebelum tewas kepada lawannya.

Terdahulu, penganjur WWC mencetuskan kontroversi apabila gimik pemasaran mereka mengundang kecaman ramai hingga mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang pada satu ketika mengancam untuk membatalkan kejohanan tersebut kerana didakwa tidak mendapat kelulusan.
 

Bagaimanapun, KBS dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) akhirnya memberi lampu hijau untuk pertandingan itu diteruskan.

 

Must-Watch Video

Advertisement