Skip to main content

Viral

Teme Abdullah Akhirnya Bersuara, Jelaskan Mengapa Tidak Muncul Di PBAKL Tahun Ini - "Saya Belum Sembuh Sepenuhnya"

Astro Gempak teme

Sekilas

  • Penulis dan arkitek Teme Abdullah tidak hadir ke PBAKL 2026 kerana masih dalam proses pemulihan kesihatan akibat masalah tulang belakang yang dialami sejak zaman universiti.
  • Walaupun tidak hadir secara fizikal, karya-karya terbaru Teme tetap dipamerkan di booth khas sempena 10 tahun perjalanan seni beliau di PBAKL.
  • Teme menegaskan beliau tidak mahu hadir dalam keadaan kurang sihat demi menghormati peminat yang datang untuk bertemu dan berinteraksi dengannya.

Penulis dan arkitek terkenal, Teme Abdullah akhirnya menjelaskan sebab beliau tidak menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 meskipun karya-karya baharunya tetap dipamerkan sepanjang acara tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Teme berkata keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya untuk menyertai sesi meet & greet bersama peminat.

“Saya okay je ni! Alhamdulillah boleh berjalan dengan sempurna. Cuma belum boleh hadir ke pesta buku,” tulisnya.

Menurut Teme, dia tidak mahu hadir dalam keadaan tidak sihat kerana merasakan ia tidak adil buat para pembaca yang datang khusus untuk bertemu dengannya.

“Tak adil untuk kalian jika saya hadir dalam keadaan tidak 100% sihat untuk menyantuni kalian yang hadir,” katanya.

Teme kemudian mendedahkan dirinya masih menjalani proses pemulihan selepas kesakitan tulang belakang yang dihidapinya sejak zaman universiti kembali menjadi semakin serius sejak tahun lalu.

“Tahun lalu... kesakitan saya naik berganda-ganda daripada sebelumnya. Jadi, saya tidak mampu duduk lama-lama untuk meet & greet macam sebelum ni. Saya masih dalam proses pemulihan,” jelasnya.

Tambah Teme, keadaan tersebut sebelum ini semakin baik hasil fisioterapi dan senaman yang dilakukan secara konsisten.

“Sejak zaman universiti lagi, saya diserang kesakitan pada spine (tulang belakang). Awalnya parah, kemudian saya mulai boleh hidup dengan kesakitan tu.

“Alhamdulillah, mungkin Allah mudahkan sebab saya rajin buat physiotherapy dan exercise sendiri juga,” tulisnya.

Dalam masa sama, Teme memaklumkan penerbit menyediakan booth khas sempena 10 tahun perjalanan karya-karyanya di PBAKL, walaupun beliau tidak dapat hadir secara fizikal.

“Dan yang special sempena 10 tahun, penerbit sediakan booth khas untuk para pembaca karya saya melawat di PBAKL!

“Setakat ni, hanya 2 kali je saya pernah hadir untuk meet & greet. 2018 & 2024.

“Kalau boleh setiap tahun saya nak hadir meet & greet, jumpa dan sembang-sembang dengan para pembaca. Tetapi, saya ada ‘kehidupan lain’ juga di sebalik Teme Abdullah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

CNY Gift Set Giftbox 新年礼盒 年饼 送礼 2026

CNY Gift Set Giftbox 新年礼盒 年饼 送礼 2026

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Bear Tale Finger Painting Book

Bear Tale Finger Painting Book

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement