Skip to main content

Hiburan

"Ya Allah, Dahsyat Betul Membenci Saya..." - Khairul Aming

Astro Gempak 560

Sekilas

  • Khairul Aming jelaskan video terbaru di TikTok dapat tontonan rendah kerana ia eksperimen untuk uji sistem pengesanan kandungan lama yang dimuat naik semula.
  • Video tersebut pernah capai 10 juta tontonan sebelum ini, tapi kali ini disekat oleh TikTok dan tidak keluar di FYP seperti biasa.
  • Khairul sengaja biarkan video itu kekal di profil walaupun capaian rendah kerana sudah penat kejar tontonan terutama waktu bulan puasa.

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan punca sebuah video yang dimuat naiknya baru-baru ini menerima jumlah tontonan lebih rendah berbanding kebiasaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata ada segelintir pihak membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa popularitinya semakin merosot.

“Kalau pergi ke profil saya, ada satu video terbaharu dan video itu hanya dapat sekitar 300,000 tontonan. Ramai mula buat andaian.

“‘Khairul Aming views flop, akhirnya TikTok dah tak relevan, semua orang dah pindah ke Threads. Khairul Aming dah masuk era kejatuhan’.

“Ada juga haters saya kata, ‘memang tunggu saat ini, akhirnya Khairul Aming jatuh’.

“Ya Allah, dahsyat betul membenci saya,” katanya.

Menurut Khairul Aming, video tersebut sebenarnya merupakan satu eksperimen yang dilakukannya bagi menguji sama ada TikTok mampu mengesan kandungan lama yang dimuat naik semula.

“Video itu sebenarnya saya dah pernah muat naik sebelum ini. Kalau tengok semula pada Oktober tahun lalu, video itu pernah dapat 10 juta tontonan.

“Saya nak buat eksperimen. Kalau ambil video sama, edit sedikit dan tukar suara latar, adakah TikTok dapat kesan ia video yang sama.

“Rupanya memang TikTok dapat kesan. Jadi video itu betul-betul disekat dan tidak keluar di FYP seperti biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Khairul berkata dia sengaja membiarkan video tersebut kekal di profilnya meskipun mengetahui capaian yang diterima tidak seperti kebiasaan.

“Patutnya tanyalah saya dulu kenapa video itu seorang sahaja yang bermasalah.

“Tapi saya biarkan sahaja video itu berjalan. Tak payahlah berebut tontonan.

“Saya ni masa bulan puasa dah penat kejar view,” ujarnya lagi.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement