Skip to main content

Selebriti

Suami Ella Tampil Perjelas Isu Kerap Berduet, Akui Tiada Niat 'Overshadow' - "Saya Ada Kerjaya Sendiri"

Bakar isteri

Sekilas

  • Kapten Azhar Ghazali jelaskan dia sentiasa ambil teguran positif dan sedang perbaiki vokal selepas sering menyanyi bersama isteri, Ella.
  • Azhar tegaskan tiada niat untuk menenggelamkan Ella, sebaliknya mahu memeriahkan persembahan konsert mereka.
  • Konsert Rockqueen Ella di Pulau Pinang ditukar lokasi ke SPICE Arena dan tarikh ke 22 Ogos daripada 25 Julai asalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rockqueen, Kapten Azhar Ghazali tampil menjelaskan isu susulan penampilannya yang sering menyanyi bersama isterinya merangkap Ratu Rock Negara, Ella.

Menurut Azhar, dia mengambil segala teguran dan pandangan yang diberikan secara positif, termasuk daripada peminat isterinya itu.

"Saya sentiasa positif, tapi dalam masa yang sama saya hormati pandangan orang terdekat. Netizen ini macam-macam. Saya hargai pandangan Ella dan Acis (pengarah muzik).

"Saya ambil kelas vokal untuk perbaiki sekiranya ada kekurangan," katanya kepada Gempak.

Azhar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru di Rumoh Mekda, Bangsar pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azhar menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menenggelamkan penyanyi lagu Permata Biru itu, sebaliknya hanya mahu memeriahkan persembahan pada malam berkenaan.

"Tujuan saya adalah untuk menghargai Ella dan memeriahkan lagi persembahan. Saya tiada niat nak overshadow. Saya ada kerjaya saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Ella turut mempertahankan suaminya dan menegaskan kehadiran Azhar banyak membantu dirinya, khususnya dari segi idea serta nasihat dalam menjayakan konsert tersebut.

"Saya okay, saya senang bekerjasama dengan Kapten. Dia banyak bantu Ella dari segi idea dan nasihat. Saya tak kisah dia di atas pentas. Tiada isu sensitif.

"Dia sangat sporting dan bagi saya semangat. Tanpa idea mereka semua ini, konsert ini mungkin tak akan jadi," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihak penganjur memaklumkan konsert seterusnya di Pulau Pinang mengalami pertukaran lokasi dan tarikh.

Konsert yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang pada 25 Julai akan diadakan pada 22 Ogos di SPICE Arena.

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement