Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid memberi pandangan mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam dunia muzik.
Menurut Sheila, seseorang pernah memberi kepadanya sebuah lagu AI yang lengkap dari segi melodi, susunan muzik malah suara nyanyian namun kualitinya kurang meyakinkan.
“Ada seseorang memberi saya sebuah lagu kecerdasan buatan (AI). Melodi, susunan, suara nyanyian. Tetapi saya tidak berasa terkejut.
"Dia sangat terkejut, tanya saya bagaimana saya tahu. Kerana lagu itu tiada jiwa, saya boleh mendengarnya tetapi orang lain mungkin tidak tahu,” katanya.
Mengulas lanjut, Sheila menjelaskan bahawa perbezaan utama antara nyanyian manusia dan AI terletak pada emosi dan jiwa yang disampaikan melalui sesebuah lagu.
“Inilah perbezaan antara manusia dan kecerdasan buatan. Anda menyanyi seperti menceritakan sebuah kisah,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Legenda itu.
@racewonderland AI boleh meniru suara, tetapi adakah ia benar-benar memahami “muzik”? ❓ 🔔Video penuh: 西西歪Ccwhyao di YouTube #西西歪 #Ccwhyao #種族奇事 #racewonderland #malaysia #malaysian #KAUM #TigakaumutamadiMalaysia #sheilamajid #sheilamajid40 #SheilaMajid @ccwhyao ♬ original sound - racewonderland