Sekilas
- Akhyar Rashid berkongsi rasa syukur atas kelahiran anak sulungnya, Muhammad Luay Khayr.
- Pemain Terengganu FC itu mengucapkan terima kasih kepada isteri, Eyka Farhana, yang selamat melahirkan pada Isnin.
- Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025 dan kini menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Suami kepada pelakon, Eyka Farhana iaitu Akhyar Rashid meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertamanya yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.
Menerusi Instagram (IG), pemain sayap Terengganu FC itu turut menzahirkan kata penghargaan buat isterinya yang selamat melahirkan pada Isnin.
“Alhamdulillah Ya Allah, selamat lahir ke dunia Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
“Masya-Allah TabarakAllah, our little blessing, our greatest love. Alhamdulillah for this beautiful journey.
“Kepada isteri saya, terima kasih kerana kuat menanggung segalanya. Terima kasih jadikan saya seorang ayah,’ luahnya.
Terdahulu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.
Sumber: Instagram