Skip to main content

Hiburan

Video Lama Nampak Muka Bilal Kembali Tular, Neelofa Masih Tak Nak ‘Expose’ Anak - “Saya Rasa Tenang…”

Neelofa

Pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui terkejut apabila video anak sulungnya, Bilal kembali tular di media sosial. 

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, video berkenaan sebenarnya dirakam sekitar dua tahun lalu ketika anaknya masih berusia lapan bulan dan ia dirakam semasa sesi promosi produk makanan perapan. 

“Video tu dua tahu lepas, masa tu dia masih lapan bulan kami tengah buat promo untuk Pak Mat Western. Benda tu ada je dekat reels saya, instagram, feed all the time, tak pernah keluar pun. 

“Tapi dengan kelakarnya, saya pun terkejut hari ni sebab Harris tunjuk kat saya tadi. "Video ni naik balik lah". Eh video dua tahun lepas ni kenapa naik balik? Siapa yang keluarkan? Jadi kita pun macam tertanya-tanya kenapa dan apa yang trigger nak penyebab macam tulah,” katanya kepada Gempak. 

Namun jelas Neelofa, mereka sekeluarga sebenarnya tidak pernah menyembunyikan anak-anak ketika berada di luar, sebaliknya menjalani kehidupan seperti keluarga biasa.

“Lepas viral gambar itu dulu baru kita keluarkan yang video tu, tunjuk. Tapi selepas-selepas tu, ada je yang kita keluarkan macam raya, reels Pak Mat Western tu, ada tunjuk sipi-sipi sikit. Tapi hari ini both anak, kalau keluar pergi bercuti ke, naik kapal terbang ke, pergi mall ke apa ke, memang tak... kita bebas saja macam orang biasa. Kalau rezeki terserempak, you nampaklah dia orang. Macam tu lah,” tambahnya. 

Neelofa juga mengakui ada segelintir individu yang masih tidak menghormati privasi anak-anaknya namun dia memilih untuk menegur dengan cara baik.

“Ada jugalah yang tak reti. Tapi kita cakaplah baik-baik, "Tolong jangan ambil gambar ya anak saya". Contoh macam baru bawa pergi main dekat tempat tu kan. Ada je macam ambil gambar senyap-senyap jadi saya pun pergi cakap elok-elok kepada mereka supaya tidak ambil gambar dan minta pada, mereka faham sahaja situasi itu,” ujarnya lagi 

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia sebenarnya berasa lebih tenang apabila kehidupan anak-anaknya tidak terlalu didedahkan kepada umum kerana ia mengelakkan pelbagai pandangan dan perbandingan daripada netizen.

“Sebenarnya saya happy bila macam tak expose sangat tau. Benda tu memberi ketenangan sebab orang tak payah komen, orang tak payah nak compare, orang tak payah nak cakap "Eh kenapa macam tu, kenapa membesar macam ni". 

“Saya tak payah dengar apa-apa opinion netizen di luar sana. Macam tulah. So I pun rasa tenanglah. Sebenarnya kalau kat luar, kita orang tak sorok pun. Bebas je. Abbas ke, Bilal ke, tak tutup, tak ada nak cover-cover dengan kain kan, tak ada,” kata Neelofa. 

Must-Watch Video

Advertisement