Skip to main content

Hiburan

Umie Aida Pertahankan Puteri Balqis, Minta Orang Ramai Jangan Ganggu - “Dia Tak Pernah…”

Umie Aida

Pelakon, Datin Seri Umie Aida tampil mempertahankan aktres muda, Puteri Balqis susulan daripada isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran ringkas di platform Threads, Umie Aida menegaskan agar orang ramai menghentikan sebarang gangguan terhadap Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish. 

“Jangan kacau Aqis & keluarganya ! Dia tak pernah kacau orang pun,” katanya ringkas menerusi platform Threads. 
 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan meluahkan rasa syukur kerana ada rakan-rakan industri yang membantu Puteri Balqis. 

Terdahulu, isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Must-Watch Video

Advertisement