Skip to main content

Drama

Hisyam Hamid ‘Red Flag Teruk’ Dalam Ikatan Terlarang Tapi Tegaskan Curang ‘The Biggest No-No Ever’!

Astro Gempak hisham

Sekilas

  • Drama Ikatan Terlarang kini hangat dengan babak Lukman yang curang bersama kakak iparnya, Bella, mencetuskan kemarahan penonton.
  • Pelakon Hisyam Hamid menegaskan bahawa curang adalah kesalahan besar dan menolak idea berterus terang jika sudah jatuh cinta dengan orang lain.
  • Ikatan Terlarang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan platform Sooka, menampilkan konflik keluarga dan pengkhianatan yang mendalam.

Drama bersiri Ikatan Terlarang terus mencuri perhatian penonton apabila babak demi babak dalam episod terkininya mula menampilkan sisi red flag Lukman lakonan aktor Hisyam Hamid.

Babak Lukman selamba dan tanpa perasaan bersalah curang dengan isterinya, Azura (Erysha Emira) bersama Anabella atau Bella lakonan Mawar Rashid, yang merupakan kakak ipar serta rakan baiknya membuat ramai yang berang.

Keberkesanan lakonan Lukman sebagai suami curang malah mendapat pujian, namun dengan tegas Hisyam memberitahu adalah satu kesilapan besar buat lelaki untuk menduakan isteri atau menjalin hubungan terlarang.

Malah dia juga menolak idea untuk berterus terang dengan isteri sekiranya sudah jatuh cinta dengan wanita lain untuk menolak istilah curang berlaku dalam hubungan rumah tangga.

“Tidak ada istilah jatuh cinta lagi. Dalam hal ini apabila sudah ada isteri jangan mengada-ngada nak jatuh cinta dengan orang lain.

“Nombor satu punya kesalahan yang tidak boleh dibuat dan tidak boleh berlaku bila seseorang itu ada isteri, ‘the biggest no-no ever’ (sangat terlarang),” tegas Hisyam.

Meski berjaya membawa watak Lukman sebagai suami curang dan kini menjadi salah satu watak yang paling dibenci penonton, kata bintang kelahiran Singapura itu, dia tidak akan melakukan pengkhianatan tersebut dalam hubungan peribadinya.

“Saya secara peribadi pun apabila berada dalam sesuatu perhubungan, tidak akan buat (curang). Ya kita mungkin ada buat kesilapan dan kesalahan tapi adalah satu yang tidak boleh diterima atau dimaafkan apabila curang,” ujarnya lagi.

Sebelumnya, babak Azura ‘menganyang’ Lukman di dalam kereta selepas mengesyaki suaminya curang turut menarik perhatian. Peminat berasa puas hati melihat Azura menampar Lukman meski dalam babak tersebut belum terungkap Bella adalah wanita yang telah menjadi penganggu hubungan rumah tangga mereka.

Mengulas tentang babak tersebut, Erysha memberitahu tangannya lebam kerana perlu melakukan babak tampar banyak kali demi tuntutan syot yang menarik. Dan mengulas tentang energi yang diberi, kata Erysha dia cuba ‘duduk’ di tempat Azura yang dikhianati orang paling dipercayai.

“Sebenarnya tangan saya lebam lepas lakukan babak tampar banyak kali untuk mendapatkan beberapa syot berlainan. Tapi saya cuba lakukan yang terbaik bukan hanya dalam babak itu sahaja tetapi meletakkan diri sebagai Azura yang telah dikhianti, dicurangi hampir seluruh hidupnya,” kata Erysha.

Kini  Ikatan Terlarang yang mempunyai 28 episod juga semakin tegang dan ‘panas’. Tapi untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada Lukman, Azura serta Bella, jangan terlepas tonton Ikatan Terlarang setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi Slot Megadrama Astro Ria dan platform Sooka.

Diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd. melalui penerbit Noorazam Shah Senin dan diarahkan oleh Riza Baharudin, drama Ikatan Terlarang turut mendapat sentuhan penulis Indonesia terkenal, Oka Aurora, yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi karya-karya seperti Layang-Layang Perkahwinan, Curang Tanpa Niat, Bahagia Yang Tertangguh serta filem Ipar Adalah Maut.

Ikatan Terlarang menampilkan gandingan pertama antara Hisyam Hamid dan Erysha Emira sebagai watak utama. Walaupun kedua-dua pelakon datang daripada latar generasi yang berbeza, mereka berjaya menampilkan keserasian dan chemistry yang meyakinkan dalam menghidupkan jalan cerita yang sarat dengan konflik emosi.

Drama ini mengisahkan Azura (Erysha Emira), seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan kecantikan dikenali sebagai Azura Beauty. Di mata masyarakat, Azura memiliki kehidupan yang sempurna bersama suaminya, Lukman (Hisyam Hamid), dan anak perempuan mereka, Adira. Namun di sebalik kebahagiaan itu, Azura sebenarnya berdepan tekanan keluarga dan pelbagai cabaran hidup.

Kehidupannya mula berubah apabila terbongkar pengkhianatan yang dilakukan oleh suaminya sendiri bersama sahabat baik yang paling dipercayai. Situasi menjadi semakin rumit apabila satu demi satu rahsia gelap keluarga mula terbongkar, termasuk skandal yang mengancam perniagaannya serta hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua keluarga.

Dalam usaha mempertahankan anak, maruah dan masa depannya, Azura terpaksa membuat pilihan sukar sama ada untuk membalas dendam atau memutuskan kitaran kebencian yang telah menghancurkan kehidupannya.

Menurut pihak produksi, kekuatan utama Ikatan Terlarang terletak pada penceritaan yang dekat dengan realiti masyarakat, khususnya mengenai isu kepercayaan, pengkhianatan, tekanan keluarga dan perjuangan seorang wanita untuk bangkit selepas diuji dengan pelbagai dugaan.

Selain Hisyam Hamid dan Erysha Emira, drama ini turut dibarisi pelakon-pelakon berpengalaman seperti Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Mawar Rashid, Didie Astillah, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Ikatan Terlarang, sebuah drama yang mengangkat persoalan tentang cinta, kepercayaan dan pengorbanan, bermula 8 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.
#IkatanTerlarang

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement