Sekilas
- Machine Gun Kelly berkongsi pengalaman derita selepas mencacah tatu 'blockout' yang menutupi dada, perut dan tangannya.
- Selepas seminggu tatu siap, MGK mengalami masalah kesihatan serius termasuk kelenjar limfa terjejas, kulit bertukar kuning dan kesukaran menggerakkan badan atas.
- Proses tatu yang biasanya mengambil masa dua tahun berjaya disiapkan dalam dua bulan, dan MGK menganggap kesakitan itu sebagai sumber inspirasi dalam hidupnya.
Penyanyi terkenal antarabangsa, Machine Gun Kelly (MGK) berkongsi derita yang dihadapinya selepas mencacah tatu ‘blockout’ yang menutupi hampir seluruh bahagian dada, perut dan tangannya.
Menurut MGK dia mengalami masalah kesihatan serius sehinggakan jatuh sakit seminggu selepas proses tersebut.
“Selepas minggu pertama, bahagian kelenjar limfa di ketiak dan bahu saya terjejas. Saya jatuh sakit, kulit bertukar kuning dan saya tidak boleh tidur.
“Saya juga tidak dapat menggerakkan beberapa bahagian badan atas seperti biasa,” katanya.
Berkongsi lanjut, MGK memaklumkan proses mencacah tatu yang kebiasaannga mengambil masa sehingga dua tahun itu juga berjaya disiapkan dapam tempoh hanya dua bulan.
Meskipun sudah diberikan amaran mengenai tahap kesakitan yang bakal dihadapi namun pelantun lagu Bad Things ini tetap berkeras meneruskannya.
Malah, MGK menganggap kesakitan yang dirasainya itu seakan memberi inspirasi besar dalam hidupnya.
“Bukan sahaja kerana apa yang saya lakukan, tetapi kerana apa yang saya berjaya harungi,” ujarnya.
Sebelum ini, MGK pernah menyifatkan proses menghasilkan tatu ‘blackout’ itu sebagai pengalaman paling menyakitkan yang pernah dilaluinya sehingga ada ketika dia merasakan dirinya hampir ‘mati’ ketika berada di atas kerusi tatu.
Sumber: Yahoo