Skip to main content

Hiburan

Tunai Haji, Ezad Exists Sifatkan Populariti & Duit Tidak Boleh ‘Beli’ Panggilan Allah

Astrogempak EZAD

Sekilas

  • Vokalis Exists, Ezad Lazim dan isteri, Zean Ramli kini menunaikan haji di Makkah selepas menunggu lama sebagai pendeposit Lembaga Tabung Haji.
  • Ezad menegaskan populariti atau kekayaan bukan tiket untuk dapat menunaikan haji kerana semua perlu ikut giliran dan panggilan daripada TH.
  • Zean berkongsi pengalaman konsisten beribadah dan berdoa selama 17 tahun sebelum akhirnya mendapat panggilan haji, menganggap ia sebagai jawapan doa yang lama disimpan.

Vokalis Exists, Ezad Lazim dan isteri, Zean Ramli kini berada di tanah suci Makkah bersama jutaan umat Islam untuk menunaikan haji. Berkongsi mengenai peluang dapat menunaikan rukun Islam kelima sebagai salah seorang pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) untuk musim haji tahun ini, Ezad menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak mudah diperoleh.

Menurut pelantun lagu Jesnita itu, populariti atau ‘jenama selebriti’ dan orang terkenal bukan tiket untuknya dapat menunaikan haji, sebaliknya dia juga mengikut giliran dan menanti panggilan daripada TH.

“Ramai fikir bila jadi artis, duit ada, nama dikenali jadi semuanya mudah, tetapi bila bab haji tiada siapa dapat potong giliran atau beli panggilan Allah,” ujarnya seperti dilaporkan BERNAMA.

Ezad menjelaskan dia dan isteri sama seperti pendeposit menanti lama untuk mendapat panggilan haji. Malah, peluang mengerjakan haji untuk tahun ini diperoleh selepas dia membuat rayuan setelah isterinya mendapat panggilan terlebih dahulu.

“Kami menunggu lama. Alhamdulillah, tahun ini isteri saya terlebih dahulu menerima tawaran, manakala saya membuat rayuan sebagai mahram sebelum akhirnya kami sama-sama terpilih. Perasaan itu memang sukar diungkap dengan kata-kata,” kata Ezad penuh syukur.

Melepaskan status orang terkenal atau penyanyi, di Tanah Suci, Ezad memberitahu saat mengenakan ihram dan melihat jutaan manusia berhimpun dengan tujuan yang sama, kemahsyuran tidak membawa makna apa-apa.

“Di sini tiada siapa yang kenal kita sebagai artis. Yang ada cuma kita dengan dosa-dosa kita, doa-doa kita dan harapan untuk kita diampunkan.

“Ada masa saya tidak mampu bercakap. Air mata datang sendiri. Bila tengok Kaabah kita teringat siapa diri kita yang sebenarnya. Segala yang kita kejar di dunia tiba-tiba terasa sangat kecil,” ujarnya penuh sebak.

Sementara isteri Esad, Zeana memberitahu mula mendaftarkan diri sebagai pendeposit TH pada tahun 2009 selepas pulang menunaikan umrah buat pertama kali, setahun sebelumnya.

Sepanjang 17 tahun menunggu, dia mengaku konsisten bangun pukul empat pagi untuk melakukan solat taubat, hajat dan tahajud dengan satu niat kukuh untuk menjadi tetamu Allah.

“Bila panggilan itu datang, saya rasa seperti Allah jawab doa yang saya simpan bertahun-tahun. Masa itu saya faham, haji bukan soal mampu tapi soal dipanggil,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement