Skip to main content

Hiburan

Anak Nak Jadi Artis, Che Ta ‘Reject’ Awal — “Sejuk Perut Mummy Kalau Aaisyah Jadi Ustazah…”

ASTROGEMPAK CheTa

Sekilas

  • Rozita Che Wan menasihati anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, supaya tidak memilih bidang seni sebagai kerjaya masa depan.
  • Che Ta berharap Aaisyah menjadi ustazah atau usahawan kerana cabaran dunia hiburan yang pernah dilaluinya bersama suami.
  • Aaisyah pula menegaskan bahawa dia mahu menentukan sendiri perjalanan hidup tanpa campur tangan ibunya.

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu dia tidak mahu anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengikut jejak langkahnya dalam dunia seni. 

 

Menerusi satu perkongsian video, Che Ta menasihati anaknya agar tidak memilih bidang hiburan sebagai kerjaya masa depan.

 

“Aku bagi penampar sat lagi.. tak payah jadi pelakon dan penyanyi. Tak terer mana nak jadi pelakon, penyanyi… tengok hujung-hujung mak hang kena berniaga juga. 

 

“Tak nak jadi ustazah, jadi business woman,” kata Che Ta. 

 

Namun begitu, Aaisyah dilihat mempunyai pendirian tersendiri apabila menyatakan ibunya tidak seharusnya menentukan perjalanan hidupnya.

 

“Ini perjalanan hidup saya, bukan perjalanan hidup mummy. Mummy tak boleh beritahu saya apa yang saya perlu buat,” balasnya. 

 

Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui cabaran dunia hiburan yang pernah dilaluinya bersama suami, selain berharap anaknya memilih jalan hidup yang lebih tenang.

 

“Budak zaman alpha ni kita cakap sepatah, depa ada ja jawapan depa… ish sejuk perut mummy kalau besar nanti Aaisyah jadi ustazah.

 

“Tak payah la jadi artis Aaisyah oiiiii… mummy dengan daddy dah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan hidup yang selesa,” ujarnya.

@rozitachewan1 bdk zaman alpha ni kita ckp sepatah , depa ada ja jawapan depa … ish sejuk pequt mummy kalau besaq nanti aaisyah jadi ustazah 🤲🏻, tk payah la jadi artis aaisyah oiiiii .. mummy dgn daddy dah lalui , hujung2 kena caqi cabang lain demi meneruskan hidup 😏 yg selesa 😋 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan ♬ original sound - ROZITA CHE WAN

Anda mungkin berminat dengan

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Advertisement