Ringkasan AI
- Pelakon Nadzmi Adhwa memohon maaf secara terbuka selepas hantaran beliau tular dan menimbulkan salah faham.
- Beliau mengakui kesilapan dan memohon maaf jika ada tersalah kata atau tersalah bicara.
- Netizen kecewa dan meminta Nadzmi memohon maaf kepada staf klinik yang terlibat.
- Klinik menjelaskan kaunter kosong berlaku semasa waktu rehat kakitangan.
- Nadzmi telah memadam hantaran tersebut untuk mengelakkan isu berlanjutan.
Pelakon, Nadzmi Adhwa memohon maaf selepas sartu hantaran yang dimuat naik olehnya tular baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nadzmi mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan yang telah menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet.
“Andai ada tersalah kata, tersalah bicara, saya mohon maaf. Semua yang baik itu dari Allah, yang buruk, teruk, tak beradab itu dari saya.
“Mohon maaf seikhlas hati,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap Nadzmi dan memintanya untuk memohon maaf kepada staff klinik tersebut.
Bagaimanapun, masih ada netizen yang memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelakon itu. 

Terdahulu, Nadzmi didakwa mempersoalkan ketiadaan kakitangan di kaunter klinik yang dikunjunginya.
Namun, difahamkan pihak klinik terbabit kemudian tampil menjelaskan bahawa situasi tersebut berlaku ketika waktu rehat para kakitangan.
Hantaran yang memaparkan keadaan kaunter kosong itu kemudiannya menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan niat sebenar di sebalik perkongsian pelakon berusia 33 tahun itu.
Sebagai langkah untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut, Nadzmi difahamkan telah memadam kedua-dua hantaran berkenaan dari akaun media sosialnya.