Skip to main content

Hiburan

Tiada Lagi Gambar Bersama Di IG, Netizen Speku Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Cinta?

Ameera Khan

Tak ada angin tak ada ribut, pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan didakwa sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan kekasihnya yang juga merupakan pelakon tampan Indonesia, Jefri Nichol.

Khabar angin itu mula timbul selepas satu ciapan dibuat seorang pengguna dikenali sebagai @asyikin.tina mula tular dan mendapat perhatian warganet.

“Little Miss Khan (Ameera) dah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah delete,” tulisnya di Threads.

Advertisement

Sementara itu, hasil tinjauan Gempak juga mendapati gambar mesra pasangan ini sudah pun dipadam di akaun Instagram masing-masing.

Bukan itu sahaja, Ameera dan Jefri juga dilihat sudah tidak lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Sekadar info, pasangan ini dilaporkan pernah bercinta namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.

Sumber: Threads

Jewellery

Kalau Dah Jodoh, Tak Ke Mana 💞

Must-Watch Video

Advertisement